Statistik Opta Ini Bukti Kenapa Cristiano Ronaldo Pemain Elit Di Real Madrid

Ronaldo jelas pemain elit dan berada di kelas tersendiri untuk Real Madrid.

Awal pagi tadi, ketika pasukan beliau bergelut dan diikat Las Palmas, Ronaldo telah menjaringkan 2 gol.

Hasilnya beliau sudah menjaringkan 25 gol untuk kelab musim ini dalam semua pertandingan.

Sayangnya, cerita ini tidak begitu mendapat tempat berbanding dengan kisah kejayaan Las Palmas mengikat Real Madrid sekali lagi.

Ronaldo telah beraksi di Real Madrid untuk musim ke-8.

Beliau konsisten menjaringkan sekurang-kurangnya 25 gol semusim untuk Real Madrid bagi semua pertandungan sejak tahun pertama.

Graf ini menunjukkan pemain ini tidak ada simpton musim pertama ataupun tanda-tanda beliau sudah menurun ketajaman di hadapan gol selepas usia 30 tahun.

Pada usia 32 tahun, beliau masih mampu mendapatkan kontrak lanjutan dengan klausa kenaikan gaji kepada £365,000 seminggu.

Rkod jaringan terbesar beliau dalam semusim adalah pada musim 2013/14 dengan 61 gol. Ia mengatasi rekod 60 gol semusim pada 2011/12.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Real Madrid buat masa ini.

Berikut adalah rekod jaringan Ronaldo sejak musim pertama di Real Madrid.

2009/10: 33 Gol
2010/11: 53 Gol
2011/12: 60 Gol
2012/13: 55 Gol
2013/14: 51 Gol
2014/15: 61 Gol
2015/16: 51 Gol
2016/17: 25 Gol

Nampaknya Sir Alex Ferguson dahulu betul bahawa £80 juta adalah harga lelong kerana Real Madrid seharusnya membayar lebih untuk pemain ini.

Namun ramai beranggapan ia satu valuasi yang emosi dan tidak masuk akal oleh Sir Alex Ferguson.

Real Madrid kini berada di tangga ke-2 La Liga. 1 mata dipisahkan dari Barcelona. Mereka masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Ghaddar Membuli Pertahanan Perak Di Garisan Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN