Zinedine Zidane: Saya Tak Akan Sesekali Letak Jawatan

Zinedine Zidane

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun skuad bimbingannya pada ketika ini sedang mengalami penurunan prestasi.

Kewibawaan Zidane menjadi pertikaian pada ketika ini apabila Real Madrid mengalami dua kekalahan berturut-turut setelah tewas 1-2 di tangan Alaves dan yang terbaharu kecundang 0-2 ketika menentang Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi.

Lebih sukar untuk diterima, ia merupakan kekalahan kedua Los Blancos di tangan wakil dari Ukraine itu selepas turut kecundang 2-3 di Estadio Alfredo Di Stefano pada 22 Oktober lalu.

Melihatkan kepada perkembangan terkini itu, Zidane masih belum mahu menekan butang panik dan tetap optimis dengan kekuatan yang dimiliki skuad bimbingannya.

”Tidak sama sekali, saya tidak akan mengundurkan diri,” ujar Goal menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Kami sentiasa menghadapi saat-saat sukar. Benar ia memang merupakan rekod buruk sejak akhir-akhir ini dari segi keputusan, tetapi kami mesti melangkah ke hadapan.”

”Hari ini adalah pengakhirannya, kami mempersiapkan diri dengan sangat baik tetapi kami tahu terdapat perlawanan yang akan dilalui dan kami perlu untuk memenanginya. Itu sahaja.”

”Saya percaya dengan para pemain saya dan sudah pasti saya mempunyai kekuatan. Tidak ada pilihan lain selain daripada terus bekerja dan berterusan untuk mendapatkan keputusan yang baik,” tambah Zidane lagi.

Kredit featured image: Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Zinedine Zidane:

Eden Hazard Kembali ‘Berisi’, Zinedine Zidane Naik Angin

Zinedine Zidane Akui Toni Kroos Sangat Mengagumkan

Guardiola Dedahkan Apa Yang Disembangnya Dengan Zidane Dalam Gambar Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN