Zinchenko Dedah Beliau Baru Sahaja Sekolahkan Mudryk

Oleksandr Zinchenko mendedahkan yang beliau baru sahaja sekolahkan rakan senegaranya, Mykhailo Mudryk ketika kedua-dua mereka sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Ukraine.

Selepas melihat Mudryk gagal untuk sertai Arsenal dan masih tak mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya bersama Chelsea, Zinchenko tampil untuk memberi nasihat kepada rakan senegaranya itu.

Mudryk hampir sahaja menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini, sebelum Chelsea datang menyailang bintang Ukraine itu dari menyertai Gunners.

Chelsea menandatangani Mudryk dari Shakhtar Donetsk dengan yuran perpindahan bernilai £88.5 juta dan kerana nilai yang tinggi itulah Arsenal menarik diri dari perebutan mendapatkan pemain penyerang itu.

Mudryk sendiri sebelum itu telah memberi banyak tanda-tanda yang beliau bakal menyertai Arsenal dengan beliau kerap memuat naik status di laman media sosial miliknya.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat sangat bergelut untuk menyesuaikan diri bersama Chelsea dengan beliau masih lagi belum mampu menjaringkan sebarang gol selepas mengharungi 7 perlawanan di bawah kendalian Graham Potter.

Zinchenko kini mendedahkan yang beliau sudah bercakap dengan Mudryk tentang kegagalannya menyertai Arsenal dan turut menyekolahkan bintang muda itu ketika mereka sedang menjalani tugasan antarabangsa.

Kedua-dua mereka bertemu menjelang aksi kelayakkan Euro 2024 bertemu England di Wembley pada hujung minggu ini nanti.

“Saya beritahu dia, ‘Semuanya sudah berlalu, tak kisah apa yang kau mahu, apa yang orang lain mahu.”

Jelas Zinchenko kepada Daily Mail.

“Sekarang kau pemain Chelsea, kau dah tandatangani kontrak jangka panjang dan kau hanya ada satu pilihan, hanya saya jalan, satu arah, terus ke depan.”

Zinchenko turut menambah:

“Sayang sekali dia tidak menjadi pemain Arsenal seperti apa yang saya harapkan, tapi itulah kehidupan.”

Zinchenko mungkin memilih untuk menasihati rakan senegaranya itu kerana beliau tidak mahu melihat bakat pemain muda itu dipersia-siakan.

Beliau jelas sekali berharap agar Mudryk akan lebih memberi tumpuan kepada kariernya berbanding hal-hal luar padang yang tidak penting.

Tidak pasti apa sebenarnya yang dibualkan oleh kedua-dua pemain ini, hingga Zinchenko boleh tiba-tiba menjadi penasihat kepada Mudryk.

Mungkin saja Mudryk mengadu yang beliau tidak gembira di Stamford Bridge, dan kerana itulah Zinchenko menasihati beliau supaya teruskan sahaja kariernya bersama Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN