Peminat Pertikai Kedunguan Piers Morgan Memilih Kesebelasan Terhebat Sepanjang Zaman Arsenal

Peminat pertikai kedunguan Piers Morgan dalam memilih kesebelasan terhebat sepanjang zaman Arsenal, dengan beberapa pemain pilihan beliau sepertinya tak layak untuk berada dalam senarai tersebut.

Arsenal tidak dinafikan lagi sememangnya antara kuasa besar di pentas bola sepak Eropah dengan mereka mempunyai sejarah yang sungguh luar biasa dahsyat.

The Gunners merupakan antara kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dengan mereka pernah menjulang 13 kali gelaran liga dan turut memegang rekod 14 kali juara saingan Piala FA.

Arsenal juga merupakan kelab yang telah melahirkan begitu ramai legenda-legenda terhebat sepanjang zaman sejak dari awal mereka ditubuhkan pada tahun 1886.

Namun dari kesemua legenda yang ada, siapa agaknya yang layak untuk disenaraikan dalam senarai kesebelasan terhebat sepanjang zaman kelab?

Salah seorang penyokong tegar Arsenal, Piers Morgan tampil menamakan kesebelasan terhebat sepanjang zaman pilihannya dan sepertinya pemain-pemain yang beliau pilih mencetuskan pertikaian peminat.

Beliau bahkan turut memilih dua pemain dari skuad Arsenal sekarang ke dalam kesebelasan terhebat pilihannya dan hal itulah yang mencetuskan pertikaian di kalangan peminat.

Kesebelasan terhebat sepanjang zaman Arsenal pilihan Piers Morgan

GK: David Seaman

Seaman beraksi selama 13 tahun bersama Arsenal dan beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara penjaga gol terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

RB: Lee Dixon

Dixon pernah membuat 616 penampilan bersama Arsenal sepanjang 14 tahun kariernya bersama Arsenal.

CB: Tony Adams

Tony Adams menghabiskan 19 tahun karier gemilangnya bersama Arsenal dengan beliau turut cemerlang memimpin Gunners memenangi 13 gelaran termasuk 4 piala liga dan tiga piala FA.

CB: David O’Leary

Legenda Ireland itu pernah membuat 717 penampilan untuk Arsenal dari tahun 1975 hingga 1993.

LB: Oleksandr Zinchenko

Walau baru membuat 27 penampilan bersama kelab, Zinchenko sudah berjaya untuk memukau Piers Morgan hingga namanya turut tersenarai dalam senarai ini.

RM: Bukayo Saka

Walau baru berusia 21 tahun namun Saka sudah terpilih untuk tersenarai dalam senarai ini dan jelas sekali beliau sudah benar-benar berjaya untuk memukau Piers Morgan.

CM: Patrick Vieira

Vieira merupakan antara pemain midfield yang sangat dominan dengan beliau turut menjadi ketua pasukan Arsenal ketika kejayaan mereka memenangi gelaran liga tanpa kalah.

CM: Emmanuel Petit

Petit hanya pernah beraksi selama tiga musim sahaja bersama Arsenal namun beliau sebenarnya antara pemain yang paling disayangi oleh peminat.

LM: Robert Pires

Pires merupakan antara pemain yang menjadi mimpi ngeri untuk pemain pertahanan lawan ketika era kegemilangan beliau pada tahun 2000 hingga 2006.

ST: Dennis Bergkamp

Dennis Berkgamp dianggap antara pemain yang mempunyai kemahiran teknikal yang sungguh luar biasa dahsyat dalam sejarah bola sepak.

ST: Thierry Henry

Henry jelas sekali perlu ada dalam senarai ini dengan beliau berjaya menjaringkan 226 gol dari 370 penampilan untuk Arsenal.

Peminat pertikai kedunguan Piers Morgan dalam memilih kesebelasan terhebat sepanjang zaman Arsenal

Melihat kepada senarai tersebut, peminat mempertikaikan mengapa beliau mengetepikan ramai nama-nama besar dalam sejarah bola sepak Arsenal.

Antara nama yang paling peminat mahukan untuk ada dalam senarai ini adalah Ashley Cole, namun Morgan lebih memilih Zinchenko berbanding legenda kelab itu.

Cole dianggap antara pemain left back terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris dan kerana itulah peminat berharap nama beliau akan tersenarai dalam senarai tersebut.

Peminat bahkan menganggap Piers Morgan sebagai individu yang sangat dungu kerana memilih pemain yang baru sahaja menyertai kelab berbanding legenda yang dikagumi oleh semua peminat.

Namun mungkin kerana mengenangkan cara bagaimana Cole meninggalkan kelab, maka Piers Morgan memilih untuk mengetepikan beliau dari senarai ini.

Peminat turut mempersoalkan keputusan beliau untuk memilih Saka berbanding Marc Overmars dan Freddie Ljungberg.

Fabregas dan Ian Wright juga tidak tersenarai dalam senarai ini dan kerana itulah peminat mempersoalkan pilihan Morgan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN