Zidane Intai Peluang Ganti Mourinho Sebagai Pengurus Manchester United

Bekas pengurus kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Zinedine Zidane menyatakan minat untuk menguruskan kelab Liga Perdana Ing­geris iaitu Manchester United pada musim depan.

Buat masa ini, beliau sentiasai mengikuti perkembangan semasa Jose Mourinho di Manchester United, menurut laporan dari media Perancis.

Jurulatih berusia 46 tahun itu buat masa ini tidak menggalas sebarang tanggungjawab apabila meletak jawatan sebagai pe­ngurus Real Madrid, Mei lalu, hanya lima hari selepas membawa kelab tersebut menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

https://twitter.com/SimplyUtd/status/1029477704750575617

Zidane turut menjulang gelaran La Liga bersama Real pada 2017, dua trofi Piala Dunia Kelab sepanjang dua tahun sete­ngah menjadi pengurus pasukan utama di Santiago Bernabeu.

Menurut SportsJoe, Zidane bersedia mempertimbangkan peranannya selepas ini dan telah menghalakan sasaran ke Liga Perdana.

Laporan itu mendakwa, pemenang Piala Dunia tersebut begitu berminat menguruskan United.

Mourinho kini tertekan untuk menghadirkan kejayaan buat United selepas gagal memenangi sebarang trofi di Old Trafford, musim lepas.

Meskipun menamatkan sai­ngan dengan jurang 19 mata di belakang Manchester City, Mourinho tetap berkeras bahawa kedudukan kedua yang dicatat skuad bimbingannya dalam Liga Perdana musim lalu, boleh dianggap antara pencapaian terbesarnya.

Mourinho pula berdepan krisis dengan kepimpinan tertinggi United pada musim panas ini, terutama keengganan kelab menandatangani bek tengah berpengalaman sebelum jendela perpindahan ditutup, Khamis lalu.

Bulan lalu, terdapat laporan media yang mendakwa bahawa United telah menyenarai pendek Zidane sebagai calon bagi menggantikan Mourinho jika pengurus berusia 55 tahun itu meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

Namun ada khabar yang mengatakan, bekas pemain Real Madrid iaitu Zinedine Zidane turut dikaitkan untuk menggantikan Deschamps sebagai jurulatih Perancis.

Walaupun begitu, pihak Perancis FA telah mengesahkan bekas kapten Perancis itu tidak berminat untuk mengemudi negara beliau sekali lagi sebagai jurulatih.

“Kami mempunyai kontrak bersama Didier Deschamps sehingga tahun 2020.”

“Deschamps adalah seorang jurulatih yang cukup berkerja keras. Beliau bersama staf beliau menghabiskan masa yang cukup banyak memerhatikan pemain itu dan ini.”

Pihak Perancis FA dalam masa yang sama mengesahkan Deschamps sekali lagi akan mengemudi Perancis dalam kejohanan utama pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN