Emery Jamin Jersi No.1 Arsenal Kekal Milik Petr Cech

Pengurus Arsenal, Unai Emery memberikan jaminan bahawa jersi No.1 Arsenal akan terus milik Petr Cech.

Malah Emery turut memuji persembahan Cech dalam perlawanan menentang Manchester City walaupun berhadapan dengan situasi sukar ketika mengendalikan hantaran ke belakang rakan sepasukan.

Photo by Getty Images

Keupayaan Cech untuk beraksi di dalam sistem Emery yang menerapkan taktikal ‘pressing’ mulai dipersoalkan ketika The Gunners tewas 2-0 kepada City pada minggu lalu, walaupun turut kerap kali menyelamatkan percubaan lawan.

Namun bagi Emery perlawanan tersebut tidak akan mengubah pandangan beliau mengenai siapa yang akan memulakan perlawanan, walaupun dengan prospek Bernd Leno yang akan turut berada di dalam skuad ke Stamford Bridge hujung minggu ini.

“Untuk perlawanan Sabtu ini, keputusan ia amat mudah. Petr Cech akan memulakan perlawanan kerana saya percayakan beliau.”

“Tetapi jika Bernd [Leno] yang bermula, ia juga bermakna saya turut memberi kepercayaan kepada beliau.”

“Saya gembira dengan persembahan Cech. Beliau memiliki pengalaman, kualiti dan kapasiti yang diperlukan. Begitu juga dengan Bernd.”

“Kedua-duanya adalah penjaga gol yang penting untuk pasukan ini. Mereka memiliki kualiti yang berbeza. Untuk pendekatan dan cara kami bermain, kedua-duanya juga tidak mempunyai masalah untuk diturunkan,” jelas Emery seperti yang dilaporkan kepada ESPN.

Emery sendiri berada di dalam tekanan untuk menghasilkan keputusan yang positif selepas tewas perlawanan pertama bersama Arsenal.

Perlawanan lalu hanya menjelaskan Emery memerlukan lebih banyak masa untuk membina pasukan ini dan menekankan tiada keperluan untuk beliau mengubah falsafah atau cara mereka bermain.

ST ALBANS, ENGLAND – JULY 09: Arsenal goalkeepers (R) Petr Cech and (2ndR) Bernd Leno with fitness coach Shad Forsythe during a training session at Colney on July 9, 2018 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

“Kami hanya ada satu pelan, dan satu proses untuk dilaksanakan. Kali ini kami akan beraksi di tempat lawan, dan sudah tentu saya mahu pasukan ini kekal dengan personaliti dan mentaliti sedia ada.”

“Ketika tewas kepada Manchester City, pemain mengekalkan perkara tersebut sepanjang 90 minit perlawanan.”

“Itu perkara positif yang perlu dikekalkan. Bezanya, kami perlu menampilkan permainan yang lebih baik secara individu dan juga berpasukan untuk perlawanan seterusnya,” ujar Emery lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN