Zidane Anggap Ronaldo Bukan Berasal Daripada Planet Bumi

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane menyifatkan penyerang berbisa pasukannya, Cristiano Ronaldo sebenarnya datang daripada planet lain apabila mudah menjaringkan 2 gol yang membantu pasukannya menewaskan Eibar dalam saingan La Liga awal pagi tadi.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-34 selepas menerima lorongan Luka Modric.

Eibar berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian tetapi bintang Portugal itu mudah menyempurnakan hantaran lintang Dani Carvajal untuk menewaskan Marko Dmitrovic ketika aksi berbaki enam minit, membolehkan Los Blancos meraih kemenangan ke-17 dalam saingan La Liga musim ini.

Prestasi hebat Ronaldo menjaringkan 18 gol musim ini  membuatkan Zinedine Zidane melabelnya seperti ‘makhluk asing’ dan bukan berasal dari bumi.

“Saya rasa Ronaldo ini makhluk asing. Dia berasal dari planet lain. Dia sentiasa melakukan perkara luar biasa dan dia tahu cara mencipta jaringan.

“Ronaldo seorang pemain yang berbeza dan sangat istimewa. Dia sangat bagus. Anda harus menilai aksi lawan. Kami tidak melakukan tugas dengan baik tetapi Ronaldo tahu apa yang dilakukannya, membuatkannya mampu menjaringkan banyak gol,” katanya.

Real Madrid

Selain itu, Zidane turut berbangga dengan semangat juang pemain lain yang bekerja keras dalam membantu mencari kemenangan.

“Anda harus akui perlawanan ini bukan mudah dan Eibar menampilkan permainan yang hebat. Mereka beraksi luar biasa terutama di babak pertama sehingga menyukarkan kami untuk menguasai bola.

“Tapi pemain berjaya mengatasi semua itu dengan menunjukkan semangat luar biasa dan akhirnya Real meraih kemenangan. Saya sangat gembira dengan karakter kesemua pemain,” ujarnya.

Kemenangan ke atas Eibar juga memastikan Real Madrid menduduki tangga ketiga La Liga mengatasi Valencia dan Zidane yakin skuad itu akan memintas pendahulu La Liga ketika ini, Barcelona 12 mata di depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN