Raul Longhi Puji Semangat Juang Pemain JDT

Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Terengganu FC (TFC), 1-0 di tempat lawan ternyata memberikan pengalaman manis kepada pengendali sementara skuad Harimau Selatan, Raul Longhi.

Kemenangan ke atas pencabar terdekat, TFC bermakna JDT kini mendahului kedudukan carta Liga Super dengan 12 mata selepas 5 perlawanan di belakang pasukan Pahang.

Marcos Antonio menjaringkan gol kemenangan JDT ke atas pasukan Terengganu FC. FOTO: JST

Mengulas mengenai perlawanan itu, Raul Longhi memuji semangat juang para pemainnya dan menyifatkan mereka sudah melakukan sehabis baik untuk memastikan misi membawa pulang 3 mata ke Larkin tercapai.

“Tiga mata yang diperolehi amat penting bagi kami kerana bukan mudah untuk memenangi perlawanan ini. Terengganu merupakan sebuah pasukan yang kuat dan ia memberi kesukaran buat kami.

“Walaubagaimanapun para pemain kami tahu ia merupakan perlawanan yang penting dan mereka telah berjuang berhabis-habisan,” kata Longhi seperti dipetik melalui laman facebook JOHOR Southern Tigers (JST).

Jaringan tunggal daripada Marcos Antonio turut mencalarkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Irfan Bakti dalam saingan Liga Super musim ini.

Longhi turut memuji penampilan pertama pemain import baharu yang baru dinaikkan daripada pasukan simpanan mereka (JDT II) iaitu Nicolas Fernandez bagi menggantikan Pereyra Diaz.

“Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat Nicolas Fernandez dalam skuad utama.

“Beliau telah bermain dengan baik. Luciano Figueroa dan Safiq Rahim juga merupakan antara pemain penting dalam pasukan kami dan Safiq telah bermain pada separuh masa kedua. Semua pemain di JDT adalah pemain yang amat penting bagi saya.

“Walaubagaimanapun, saya tidak mahu memperkatakan hanya mengenai seorang dua pemain sahaja. Saya mahu bercakap mengenai keseluruhan pemain kerana kesemua mereka telah berjuang bersama-sama untuk mendapatkan kemenangan ini,” jelasnya.

Selepas ini, skuad JDT akan menentang satu lagi pencabar terdekat iaitu Pahang dalam perlawanan ke 6 Liga Super di Stadium Larkin pada 30 Mac ini. Kemenangan ke atas Pahang akan menjarakkan mata pasukan itu sekaligus mencerahkan peluang untuk menjuarai Liga Super buat kali ke 5 berturut-turut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN