Zaquan Adha & Mahali Jasuli Antara Wajah Baharu Astro Arena Musim Ini

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha bersama Mahali Jasuli sah bakal menyemarakkan lagi dunia bola sepak tempatan, selepas mereka menyertai program Astro Arena musim ini.

Seperti diketahui, Astro Arena menjadi wadah utama dalam memperkenalkan pelbagai program berkualiti termasuk kupasan-kupasan mendalam tentang isu bola sepak tempatan serta antarabangsa.

Terbaharu, kehadiran Zaquan dan Mahali jelas mampu menarik minat lebih ramai penyokong bola sepak Malaysia untuk menyaksikan program terbaharu Astro Arena selepas mereka bakal menjadi tetamu pakar Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kredit foto: Shah Amirul

“Dalam misi memastikan liputan berkualiti, pelbagai perancangan dalam meningkatkan lagi kandungan yang lebih segar dan kualiti produksi terbaik untuk peminat-peminat bola sepak tempatan.

“Antara yang akan ditambah baik adalah dengan menambah bilangan tetamu-tetamu pakar pada musim ini dengan menjemput lebih ramai lagenda bola sepak negara untuk menambah variasi persembahan di studio Astro Arena nanti.

“Kedatangan Syawal tahun ini akan membuka lembaran baru dalam kerjaya buat bekas pemain kebangsaan negara iaitu Zaquan Adha dan Mahali Jasuli yang akan menyertai keluarga baru Astro Arena sebagai tetamu pakar Liga Malaysia musim ini yang akan membuka tirai pada 10 Mei nanti.

“Dengan pengalaman mereka menyarung jersi pasukan kebangsaan suatu ketika dulu, masing- masing akan membawa kelainan dan juga karakter melalui penilaian mereka secara individu.

“Zaqwan dan Mahali akan membawa pandangan generasi baru dalam ulasan bola sepak bersama-sama barisan pakar yang lain seperti Safee Sali, Razman Roslan dan juga Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo),” jelas kenyataan tersebut menerusi suatu majlis yang turut menjemput Semuanya BOLA sebagai antara media tempatan.

Seperti diketahui, Zaquan menjadi antara pemain tempatan yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam dunia bola sepak tempatan serta antarabangsa.

Selain menyarung jersi Harimau Malaya, pemain ini juga sempat mewakili beberapa pasukan termasuk Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman (Kedah).

Malah Mahali sendiri antara pertahanan negara yang cukup disegani pada suatu ketika dan beliau memiliki cukup banyak pengalaman menarik dapat dikongsikan pada program Astro Arena akan datang.

Kredit foto: Shah Amirul

Pada masa sama, Astro juga bakal menayangkan beberapa aksi siaran langsung membabitkan perlawanan pramusim, kejohanan Piala Asia bawah 23 (B-23) dan lain-lain dalam masa terdekat.

“Astro juga akan akan menyiarkan sepuluh perlawanan Pra Musim Liga Malaysia pada 22 April hingga 5 Mei 2024 nanti sebagai pemanas badan untuk saingan baru yang akan bermula.

“Antara lain, Astro akan membawakan Piala Asia B-23 , Liga Juara-Juara Asia (ACL), Piala AFC dan Piala Asia Futsal pada April nanti. Selain itu, kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan pada 6 jun dan Taiwan pada 11 Jun 2024,” jelas mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN