5 Pemain Malaysia B-23 Dijangka Bakal Bersinar Di Pentas Asia

Malaysia bawah 23 (B-23) secara rasminya akan mengharungi saingan Piala Asia B-23 di Qatar yang akan bermula pada 15 April sehingga 3 Mei 2024 untuk membawa misi membanggakan para penyokong bola sepak kebangsaan.

Terdahulu, jurulatih utama skuad B-23 Harimau Malaya iaitu Juan Torres Garrido sah menyenaraikan 23 pemain bawah kendaliannya untuk membawa cabaran tersebut di Qatar.

Setelah mengharungi kem latihan pusat serta dua aksi persahabatan tertutup berdepan India, pastinya Garrido sudah pun menilai sebaik mungkin pemain yang bersesuaian untuk mengikut percaturan taktikalnya pada saingan tersebut.

Melihat kepada senarai pemain dikeluarkan ini, kami menjangkakan lima daripada bintang muda kebangsaan mampu untuk menyerlah serta memberi impak cukup besar buat Malaysia B-23.

Sikh Izhan Nazrel (Penjaga Gol)

Satu-satunya pemain muda bawah 23 tahun yang sudah pun merasai aura Piala Asia di Qatar sebelum itu bersama skuad senior kebangsaan.

Walaupun tidak beraksi bersama skuad senior dalam kejohanan itu, pengalaman dimiliki Sikh Izhan sebelum ini sangat ditagih untuk memastikan rakan sepasukan lain di kem B-23 bersedia menghadapi intensiti saingan tersebut.

Malah, Sikh Izhan juga menjadi antara penjaga gol muda dengan rekod cukup menyakinkan sejak saingan musim lalu dan berkemungkinan dirinya akan mengekalkan posisi selaku kesebelasan utama di kejohanan itu bawah kendalian Garrido.

Ubaidullah Shamsul Fazili (Pertahanan)

Ubaidullah menjadi antara pemain muda paling mencuri tumpuan kini buat masa depan bola sepak negara selepas kualiti dipamerkannya begitu menyakinkan.

Bintang muda Terengganu itu boleh dianggap sedang mengharungi musim terbaik beliau pada tahun lalu apabila dirinya tampil konsisten buat kelab serta pasukan kebangsaan.

Kelebihan Ubaidullah menerusi bacaan bola yang tepat serta memiliki kekuatan fizikal cukup baik bakal digunakan sebaik mungkin di pentas Piala Asia B-23 ini.

Harith Haiqal (Pertahanan)

Bintang muda Selangor ini menjadi salah satu pemain paling mencuri tumpuan dalam kalangan penyokong bola sepak negara, kerana kualiti ditampilkannya sejak musim lalu bersama The Red Giants dan pasukan kebangsaan.

Pada usia 21 tahun, Harith mula menjadi sebutan ramai penyokong tempatan selepas kebolehannya yang tenang mengawal pertahanan Selangor serta memiliki naluri penyudah cukup baik di kawasan gol lawan.

Malah, Harith juga sudah pun membuka akaun jaringan sulung beliau di pentas antarabangsa dalam aksi kelayakan Piala Asia sewaktu berdepan Filipina.

Nooa Laine (Tengah)

Kelebihan Nooa yang boleh beraksi di beberapa posisi tengah jelas menjadikan diri beliau selaku aset utama Garrido untuk saingan Piala Asia B-23 ini.

Nooa juga menjadi satu-satunya pemain muda B-23 negara yang pernah beraksi di beberapa kejohanan tertinggi Eropah untuk memberikan pengalaman terbaik buatnya membantu skuad kebangsaan.

Selain tenang mengawal tempo permainan, Nooa juga memiliki kreativiti cukup baik untuk menjana serangan serta mampu membuat hantaran-hantaran jauh tepat kepada rakan sepasukan.

Fergus Tierney (Penyerang)

Selepas nama penyerang muda Penang iaitu Alif Ikmalrizal digugurkan oleh Garrido, hanya Fergus dianggap kini memiliki kualiti cukup tinggi selaku peledak utama Malaysia B-23.

Rekod semasa Tierney bersama skuad B-23 setakat ini boleh dianggap cukup baik selepas beliau sudah pun meledak tiga gol daripada sembilan penampilan di pentas antarabangsa termasuk aksi Kelayakan Piala Asia B-23.

Beliau bukan sahaja memiliki kekuatan fizikal cukup baik untuk mengatasi lawan, Tierney juga antara penyerang yang bijak menyudahkan setiap peluang terhidang di hadapan pintu gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN