Zaquan Adha & Isteri Terima Cahaya Mata Ketiga, Kali Ini Anak Perempuan Pula!

Baru-baru ini, pemain Perak iaitu Zaquan Adha dan isterinya iaitu Ayu Raudhah telah menerima ahli baharu dalam keluarga mereka.

Menerusi laman Astro Awani, Zaquan dan isteri telah menerima anak yang ketiga dalam keluarga mereka hasil daripada perkahwinan mereka.

Bayi yang dilahirkan pada jam 10.52 pagi semalam merupakan bayi perempuan.

Ia merupakan kali pertama Zaquan dan Ayu memperoleh anak perempuan selepas 2 anak pertama mereka merupakan anak lelaki.

Bayi tersebut selamat dilahirkan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Kegembiraan itu telah dizahirkan oleh Zaquan menerusi perkongsian beliau di laman Instagram baru-baru ini.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 pagi tadi. Syukur pada mu Ya Allah.”

Lebih menguntungkan, bayi perempuan pasangan tersebut dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.

Rata-rata pengikut laman Instagram Zaquan mengucapkan tahniah kepada beliau dan isteri diatas kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Malah, ada juga yang memuji kecomelan bayi mereka itu.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah kerana menerima cahaya mata yang baharu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN