Zamsaham: “Saya Cari Duit Susah, Kalau Kelantan Menang Berbaloi Juga”

Zamsaham

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui yang beliau ada kegagalan dalam membayar gaji para pemainnya ketika ini.

Ketika ini, muncul kontroversi mengenai Kelantan apabila Zamsaham tidak membayar gaji para pemainnya malah menahannya separuh amaun sehinggalah The Red Warrios mencapai kemenangan.

Kini telah tampil di Facebooknya, Zamsaham mendedahkan yang apa yang berlaku itu benar tetapi menafikan ada culas membayar gaji.

“Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.

“Tak benar dua bulan gaji tertunggak,” kata Zamsaham.

Zamsaham juga mengakui yang beliau amat kecewa dengan kekalahan yang menimpa Kelantan. Oleh kerana itulah beliau menahan separuh daripada gaji para pemain.

Apa yang dimahukan oleh beliau tidak lain cumalah kemenangan.

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali, saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan.

“Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan.

Zamsaham kemudiannya menceritakan kesusahannya mencari duit untuk membangunkan bola sepak Kelantan. Beliau berharap kemenangan itu akhirnya akan tiba.

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah,” ujar Zamsaham lagi.

Zamsaham berharap pada aksi seterusnya menentang Kelantan United, Kelantan akan berhasil untuk mendapatkan juga kemenangan.

“Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.

“Saya telah bayar semua gaji, tak ada tunggakkan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50% semua akan dibayar,” tulis Zamsaham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN