Norizam Tukiman atau Zamsaham memohon Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk menjelaskan tunggakan sebanyak RM 3.8 juta kepada Kelantan.
Menurut pemilik Kelantan itu, tunggakan yang sebanyak itu sangat memberi kesan dan ia satu jumlah yang besar.
Dengan jumlah itu juga, The Red Warriors (TRW) boleh melakukan beberapa perkara seperti membayar gaji pemain, membuat padang latihan dan pelbagai lagi.
Beliau turut memohon agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) dapat membantu menyelesaikan isu tunggakan ini.
Isu hutang antara KAFA dan Kelantan ini berlaku ketika proses mengambilan pasukan bola sepak itu.
Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham, sebelum ini telah membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan TRW dari KAFA pada September 2020.
Menurut maklumat sebelum ini, jumlah tersebut membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada KAFA bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu.
Pada masa sama, beliau turut menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya yang menipu dalam pelaburan bola sepak.
Menurut Zamsaham, bila mana seseorang itu terlibat dalam dunia saham atau pelaburan pasti akan ada untung rugi dan kesemua pihak harus bertanggungjawab untuk perkara tersebut.