Zamsaham Kini Giat Cari Duit Bayar Tunggakan Gaji Pemain Import

Zamsaham

Pemilik Kelantan yang sering terpalit dengan kontroversi iaitu Norizam Tukiman atau Zamsaham mendedahkan yang kini beliau sedang giat mencari duit untuk membayar gaji.

Selepas terpalit dengan isu menahan gaji para pemainnya, Zamsaham yang telah bertemu dengan penyokong tempoh hari kini dalam proses membaiki reputasinya sebagai pemilik kelab.

Zamsaham kini dalam usaha yang proaktif untuk membayar tunggakan gaji pemain importnya selepas berjaya menyelesaikan perkara yang sama tetapi bagi pemain-pemain tempatan Kelantan.

Dalam laman Facebooknya, Zamsaham mendedahkan yang beliau menggunakan hasil keuntungan urus niaga sahamnya untuk memastikan kesemua pemain-pemain Kelantan memperoleh gaji.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Zamsaham mengatakan yang beliau kini mensasarkan keuntungan enam angka untuk membolehkan dirinya melunaskan bayaran gaji kepada para pemain.

Setakat ini sudah RM43 ribu berjaya diraih beliau daripada pasaran saham.

“Gaji semua pemain tempatan semua dah bayar dah. Ni nak cari duit untuk bayar gaji pemain import bulan lepas pula.

“Baru untung RM43 ribu, mudahan untung cecah enam angka minggu ni. Baru 11%, sasaran sekurang-kurangnya 100% ROI [return of investment]. Dapat, selesai semua [masalah] gaji,” tulis Zamsaham.

Zamsaham dilihat begitu komited untuk menyelesaikan isu gaji yang melibatkan para pemainnya dan ini sepatutnya diberikan pujian kerana beliau bertindak sebetulnya sebagai sebuah pemilik kelab.

Semoga dengan usaha ini, Zamsaham dapat membetulkan dan baiki semua apa yang tercemar dek kerana kontroversi yang berlaku kebelakangan ini dan Kelantan akan kembali berjaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN