Faisal Halim Tekad Peraga Aksi Terbaik Untuk Aksi Berdepan Kepulauan Solomon

Faisal Halim menjadi salah seorang bintang tumpuan ketika ini untuk skuad kebangsaan, selepas kelibat beliau sering memberi kegembiraan besar buat penyokong Harimau Malaya.

Untuk dua aksi persahabatan Malaysia seterusnya ini, nama Faisal sekali lagi terpilih untuk disenaraikan oleh Ketua Jurulatih kebangsaan iaitu Kim Pan-gon dengan siri perlawanan akan berlangsung di Terengganu.

Dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) terpilih selaku lokasi rasmi buat Harimau Malaya untuk aksi kali ini, ianya pasti memberi rasa nostalgia buat Faisal secara individu.

Apa tidaknya, Faisal mencipta sejarah tersendiri bersama Terengganu sejak beberapa musim untuk menjadi salah seorang pemain tempatan paling menyerlah di posisi serangan.

Bawah kendalian Nafuzi Zain ketika itu, aksi Faisal boleh dianggap sangat cemerkang sehingga mendapat perhatian penuh daripada Kim Pan-gon untuk tersenarai sebagai salah seorang tonggak penting buat Harimau Malaya.

Untuk aksi sulung berdepan Kepulauan Solomon, Faisal tidak menganggap fizikal besar dimiliki pasukan pelawat sebagai suatu masalah besar buat dirinya untuk dihadapi.

Dalam senarai pemain yang dipanggil kali ini, Faisal menjadi antara pemain yang mempunyai fizikal lebih kecil berbanding rakan sepasukan lain buat kem kebangsaan.

Menurut pemain Selangor itu, beliau menyatakan faktor fizikal sebenarnya tidak mempengaruhi sesebuah kemenangan buat mana-mana pasukan.

Sebaliknya, Faisal percaya percaturan taktikal diterapkan oleh jurulatih pasukan menjadi penentu kepada kejayaan di atas padang untuk mengetepikan pihak lawan.

Jelas Faisal lagi, rata-rata pemain lain yang dipanggil Kim untuk aksi persahabatan ini juga mempunyai fizikal tubuh yang bukan calang-calang untuk menghadapi cabaran Kepulauan Solomon.

“Malah sebelum ini ketika kita menentang pasukan yang mempunyai saiz fizikal, kita berjaya beraksi dengan baik malah mampu merakam kemenangan.

“Namun saya tidak nafikan saiz fizikal penting tetapi saya bersama rakan sepasukan tekad memperagakan aksi terbaik dan bertenaga untuk berdepan Kepulauan Solomon walaupun skuad itu berada di ranking 134 dunia selain Papua New Guinea (159),” katanya menerusi Berita Harian.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada masa sama, Faisal juga bersedia sekiranya nama beliau terpilih sebagai kapten pasukan buat Harimau Malaya bagi menggalas amanah tersebut dengan rasa penuh tanggungjawab.

“Jika diberi tanggungjawab oleh jurulatih, saya sudah bersedia, tapi semuanya bergantung kepada jurulatih, yang penting saya perlu memperagakan aksi terbaik lebih-lebih lagi beraksi di depan bekas penyokong pasukan saya,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN