Zamir Selamat Akhirnya Terima Tawaran Daripada Pasukan Baharu

Bekas penjaga gol kebangsaan, Zamir Selamat dilaporkan bakal menyertai pasukan daripada Liga M3. Walaupun nama pasukan tersebut tidak didedahkan namun sumber mengatakan beliau kemungkinan akan menyertai kelab Batu Dua FC.

Sebelum ini SemuanyaBOLA menyiarkan luahan Zamir yang pernah beraksi untuk Harimau Muda A, Johor Darul Ta’zim, Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Perak dan Melaka United buntu dalam mencari pasukan baharu di akaun Instagram rasmi milik beliau.

Dalam luahan tersebut, Zamir berkata beliau sanggup beraksi bersama pasukan dari liga bawahan walaupun hanya menerima gaji sekitar 1 hingga 2 ribu sebulan. Ketika ini beliau dilihat melibatkan diri dengan perniagaan produk  ‘supplement’.

Tawaran daripada pasukan baharu tersebut ibarat seperti ‘mati hidup semula’ selepas hampir empat bulan usaha mencari pasukan tidak membuahkan hasil.

Beliau menafikan akan meminta bayaran tinggi untuk bersama skuad baharunya itu sebaliknya lebih gemar untuk berkhidmat dan memberi komitmen 100 peratus untuk kejayaan pasukan.

“Azam saya mahu menjulang kejayaan skuad baharu ini, sambil tidak memikirkan status liga yang disertai.

“Malah penyertaan ramai pemain berpengalaman selain saya mampu meningkatkan nilai dan status liga itu sendiri kelak.” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Luahan Zamir menerusi laporan media turut mendapat perhatian bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussien yang menganggap pasukan dilihat lebih gemar mengambil pemain muda sebagai antara punca penjaga gol berpengalaman sukar mendapatkan tempat.

SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada Zamir Selamat bersama pasukan baharu. Semoga dimurahkan rezeki dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kerjaya bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN