Kelayakan AFC B-23: Persiapan Skuad Malaysia Kini Sudah Bermula

Semalam merupakan hari pertama skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menjalani latihan di Padang B, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan hanya disertai seramai 17 pemain.

Ia adalah persiapan bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 2020 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 22 hingga 26 Mac ini.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), empat pemain iaitu Syahmi Safari, Izzan Syahmi Mustapa, Hariz Kamarudin dan Faisal Abdul Halim akan menyertai pasukan, hari ini manakala lima pemain dari JDT serta Hadi Fayyadh akan melapor diri pada Rabu ini.

Datuk Ong Kim Swee member taklimat kepada barisan pemain. FOTO: FAM

Ong Kim Swee turut mengesahkan dua pemain Pahang, Faisal Abdul Halim dan R. Kogileswaran, diberi pelepasan untuk hadir hari ini susulan baru melangsungkan perkahwinan serta terbabit dengan program bersama skuad Pahang. 

“Kogileswaran memaklumkan kepada kami bahawa Pahang mempunyai program dan dia akan melapor diri sedikit lewat. Ada beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia, jadi penting untuk kami mengumpulkan pemain seramai yang boleh sehingga 13 Mac nanti,” kata Kim Swee.

Meskipun barisan pemain yang dipanggil kali ini tampak lebih ampuh berbanding ketika saingan Kejohanan AFF B-22 sebelum ini, Kim Swee tetap menaruh kepercayaan kepada beberapa muka baru.

Antara yang mendapat kepercayaan pengendali itu ialah Muhammad Amirul Ashraf Ariffin dan Muhammad Izzan Syahmi Mustapa.

“Pemain yang pertama kali menyertai pasukan, hanya untuk tahun ini tetapi mereka pernah bersama kami. Saya lihat mereka tidak akan berdepan masalah daripada segi latihan serta corak permainan yang akan kami mainkan nanti,” katanya dalam Stadium Astro

Sesi latihan skuad Malaysia B-23. FOTO: FAM

Daripada 27 pemain yang dipanggil, 21 pemain adalah daripada skuad Malaysia B-22 yang beraksi pada Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lalu.

Mereka akan diuji dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Australia B-23 di Stadium Shah Alam pada 17 Mac 2019.

Selepas perlawanan persahabatan tersebut, 23 pemain akhir akan diumumkan membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan AFC B-23 dalam Kumpulan J bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN