Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan pemilik JDT mengesahkan bantuan kewangan yang diberikan kepada Selangor adalah pada era Dato Subahan.
Ini mengesahkan bantuan tersebut bukan diberi ketika pentadbiran pasukan itu diambil alih oleh Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlaku pada 2018.
Semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menafikan dakwaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atau pun Selangor FC di bawah kepimpinan RMS pernah menerima bantuan kewangan daripada kelab lain.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 21, 2022
Dr. Johan juga berkata kekuatan kewangan kelab itu selama ini diraih melalui tajaan dan hasil keuntungan daripada aktiviti komersil yang giat dilakukan kelab.
Kenyataan Dr. Johan itu tiba bagi menjawab pertanyaan peminat selepas pendedahan TMJ yang mengatakan Selangor antara pasukan yang pernah diberikan bantuan oleh baginda.
Dalam sidang media pada Sabtu lalu TMJ tidak menyatakan secara spesifik bilakah bantuan kepada Selangor diberikan.
“Dalam karier saya…Sebenarnya sudah banyak pasukan yang saya tolong tetapi, saya tidak dedahkan kepada media.
Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert2 bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan. https://t.co/qmzUzMrbIo
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 21, 2022
“Saya tolong Selangor sebanyak dua kali, Kelantan dua kali, Penang FC sekali dan Melaka United sekali. Semuanya berkaitan isu gaji. Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia pun saya bantu.
Pasukan Selangor sememangnya pernah mengalami masalah pembayaran gaji sebelum era RMS mengambil alih tampuk pentadbiran pasukan itu.
“Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman-zaman Selangor masih hebat dan champion.
Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dengan expert-expert bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan,” tulis TMJ melalui satu ciapan semalam untuk menjelaskan situasi sebenar.