“Beri Kim Pan Gon Masa” – B. Satiananthan Harap Penyokong Sabar

Bagi menaikkan mutu bola sepak kebangsaan kita supaya kembali digeruni di pentas antarabangsa, Kim Pan Gon selaku pengendali skuad kebangsaan perlu diberi masa dan ruang secukupnya untuk mencari solusi atau jalan yang terbaik.

B. Satiananthan selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) berkata dalam menentukan prestasi bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu, para pemerhati bola sepak tidak boleh menjadikan tiga aksi di Singapura yang bakal berlangsung ini sebagai kayu pengukur.

Tambah beliau, tiga perlawanan tersebut lebih kepada ujian buat diri Pan Gon untuk menilai para pemain pilihan beliau sama ada layak atau tidak beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Saya tidak terkejut jika pasukan kebangsaan gagal menghasilkan keputusan positif di Singapura nanti. Bukan satu tugas mudah untuk menerapkan corak permainan yang diinginkan dalam masa singkat.

“Saya nampak tiga perlawanan persahabatan di Singapura ini lebih kepada untuk Pan-gon bereksperimen mencari taktikal yang sesuai untuk diguna pakai pada Kelayakan Piala Asia Jun depan.

“Dengan adanya tiga perlawanan ini, barulah beliau dapat kenal pasti siapa pemain yang sesuai dengan taktikalnya. Sebab kita perlu faham main dengan kelab berbeza ketika bersama pasukan kebangsaan.

“Jika keputusan tidak bagus, itu kita kena terima. Tapi selepas itu, Pan-gon perlu menilai semula prestasi setiap pemain sebab kita ada misi besar untuk layak ke Piala Asia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Menurut jadual perlawanan yang telah dikeluarkan, Malaysia bakal berdepan Filipina terlebih dahulu pada hari esok sebelum bakal membuat perhitungan bersama tuan rumah iaitu Singapura dengan menjadikan status Tier 1 bagi dua perlawanan tersebut.

Aksi terakhir skuad kebangsaan di sana ialah mereka bakal berdepan cabaran kelab tempatan iaitu Albirex Niigata pada 28 Mac sebelum pulang kembali ke tanah air.

Dalam masa sama, sekiranya Malaysia gagal untuk memberi sesuatu keputusan yang positif sepanjang tiga perlawanan tersebut, Satiananthan berharap agar para penyokong tidak terus menghukum Pan Gon dan anak-anak buahnya.

“Peminat kena faham, untuk tiga perlawanan persahabatan itu, jangan terlalu berharap Pan-gon dapat memberikan keputusan positif kepada pasukan kebangsaan.

“Beri beliau masa melakukan perubahan kepada pasukan kebangsaan. Nak buat perubahan ini bukan senang, perlu ambil masa, lagi pun beliau masih baru membimbing pasukan kebangsaan.

“Jadi harap semua peminat dan penyokong Malaysia dapat bersabar dan jangan terus jatuh ‘hukum’ sekiranya pasukan kebangsaan gagal mencapai keputusan positif di Singapura nanti,” jelasnya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN