Zainal Abidin Kecewa Benteng Pertahanan Melaka United Kurang Fokus

Kegagalan skuad Melaka United (MU) mengutip tiga mata penuh ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Hang Jebat kelmarin mengundang rasa kecewa pada pengendali pasukan itu, Zainal Abidin Hassan.

Dalam perlawanan itu, MU terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui dua jaringan Davy Angan (minit 17, 48) diikuti Luka Milunovic (minit 31) sebelum pemain import TFC, Sanjar Shaakhmedov meledakkan jaringan hatrik (minit 41, 72, 78) untuk mengikat kedudukan seri 3-3.

FOTO: MUSA

Bercakap kepada Sukan Sinar, Zainal hairan bagaimana benteng pertahanan pasukannya boleh melepaskan gol dengan mudah ketika mendahului lawan dengan selesa.

“Saat akhir pemain kurang berdisiplin dan benteng alpa ketika bertahan walaupun mendahului dua jaringan ketika itu.

“Apabila Khairul Fahmi berjaya menggagalkan sepakan penalti lawan ketika pasukan mendahului 3-1 seharusnya keyakinan pemain ketara dan bersemangat namun sebaliknya berlaku.

“Kami melepaskan banyak peluang terutamanya babak pertama dan situasi ini menyebabkan kami didera dengan terpaksa berkongsi satu mata,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Sanjar Shaakhmedov menjaringkan hatrik ketika menentang Melaka United kelmarin. FOTO: MUSA

Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain memuji semangat juang pemainnya yang tidak mudah berputus asal walaupun ketinggalan dua gol kepada tuan rumah. .

“Walaupun kita sekadar mengutip satu mata namun kejayaan ini amat membanggakan. Tahniah kepada semua pemain yang mempamerkan kebangkitan dan semangat juang yang tinggi,” jelasnya

Terengganu FC kini menghuni di kedudukan ketujuh dalam carta Liga Super dengan 21 mata selepas mencatat lima kemenangan dan enam seri manakala Melaka United di tangga ke lima dengan 23 mata dan berpeluang meraih kedudukan tiga teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN