Quantcast

BERITA

Selangor Sedia Calarkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Tugas sukar sedang menanti gergasi merah apabila mereka bakal bertandang ke Stadium Larkin pada hari rabu ini untuk menentang juara liga super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super.

Selepas menewaskan Kuala Lumpur, 2-1 kelmarin, skuad kendalian B. Satiananthan itu kini menghuni di kedudukan ketiga dalam carta Liga Super dengan 25 mata dan hanya dibeza dua mata dengan Pahang yang berada ditangga kedua.

Justeru itu, mereka perlu mengelak daripada tewas kepada lawan kerana Kedah dan Melaka United berpeluang memintas kedudukan mereka di tangga ketiga.

Malah, Selangor juga merupakan pasukan yang terakhir yang menafikan tiga mata penuh menjadi milik Harimau Selatan di Stadium Larkin pada tahun 2017 apabila terikat tanpa jaringan.

Mengulas mengenai rekod kebal di tempat lawan yang jarang kalah dalam saingan Liga Super, Satiananthan menegaskan tiada yang mustahil jika pasukannya sentiasa fokus dan kurang melakukan kesilapan mudah.

“Apa yang penting, jangan rasa takut. Pemain perlu memanfaatkan penguasaan bola, tiada gunanya kami (menggunakan pendekatan) bertahan. Tiada gunanya asyik hilang bola. Kami harus berani pegang bola.

“Ia boleh dikatakan satu pendekatan yang sukar tetapi tidak mustahil. Kami harus berusaha,” katanya dalam Stadium Astro

FOTO: FA Selangor

Bagaimanapun, mereka bakal berkujung ke tempat dengan skuad yang tempang apabila dua pemain skuad kebangsaan, Abdul Halim Saari dan Syazwan Zainon dilaporkan mengalami kecederaan.

“Saya perlu mengenal pasti pemain yang boleh kalahkan JDT.

“Mereka belum kalah lagi dan mempunyai rekod bersih musim ini,” ujarnya lagi.

Kredit foto: SukanMalaysiaDotMy