Zainal Abidin: “Ini Adalah Perlawanan Paling Buruk Pernah Saya Lihat”

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan prestasi anak buahnya apabila mudah dibelasah oleh Terengganu FC, 0-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Dalam perlawanan itu, skuad Hang Tuah dilihat gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan kehilangan punca selepas Terengganu FC mendapat gol awal menerusi tandukan Nasrullah Hanif.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Zainal menyifatkan aksi semalam merupakan yang terburuk sejak beliau mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan itu dan mahu melakukan ‘bedah siasat’ untuk mengetahui punca sebenar.

“Kelemahan pasukan saya pada malam ini (malam tadi) begitu ketara sangat, jadi selepas ini saya akan soal siasat pemain lebih-lebih lagi perlawanan ini adalah perlawanan paling buruk pernah saya lihat sepanjang berada dalam pasukan.

“Bagi saya mesti ada sebab kenapa mereka gagal beraksi dengan baik dan kita akan lihat apa puncanya sehingga gagal meraih sebarang mata.

“Jika dilihat terlampau ramai pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar, selepas ketinggalan 0-1 pun tak nampak kebangkitan seperti diharapkan sehingga mendera kita ke saat akhir,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Pemain pertahanan Terengganu FC cuba menghalang kemaraan penyerang Melaka. FOTO: Melaka United

Ketiadaan tonggak tengah, Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan ternyata memberi kesan yang besar kepada skuad itu apabila penggantinya gagal mempamerkan permainan seperti yang diharapkan.

Namun Zainal pantas menafikannya kerana beliau menganggap bola sepak adalah permainan berpasukan bukan bergantung kepada seorang individu semata-mata.

“Bagi saya setiap pemain mempunyai tugas masing-masing tidak kiralah siapa bermain, tetapi malam ini tidak nampak aksi berpasukan, bukannya disebabkan ketiadaan Liridon menjadi puncanya.

“Selain itu mereka tidak nampak sifat berlawan, malah bila kita dapat peluang, pemain tidak mengambil dengan sepenuh hati, jadi banyak yang perlu diperbaiki atau disiasat untuk mereka kembali beraksi dengan baik,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN