PFAM Sahkan Pemain Sudah Terima Bayaran Tunggakan Gaji Daripada FAM

Baru-baru ini terdapat laporan media yang mengatakan para pemain Terengganu City FC (TCFC) masih belum menerima bayaran tunggakan gaji seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FAM dalam satu kenyataan semalam menafikan laporan tersebut dan menjelaskan transaksi pembayaran gaji ke dalam akaun bank para pemain tersebut akan mengambil masa dua atau tiga hari.

“Untuk makluman semua, transaksi pembayaran kebiasaannya mengambil masa satu hingga tiga hari sebelum ia dikreditkan ke akaun penerima, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jumlah yang besar seperti wang tunggakan yang dijelaskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti mana diumumkan pada Khamis lalu (7 Mac 2019).

“FAM telah pun berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail yang mewakili pemain-pemain TCFC dan beliau mengesahkan bahawa pemain-pemain tersenarai di dalam kes-kes yang diputuskan oleh Jawatankuasa Status FAM sudah menerima bayaran pada petang Jumaat (semalam).

“Justeru jika masih ada pemain terbabit yang belum menerima wang tunggakan berkenaan di dalam akaun mereka, sila hubungi terus FAM untuk mendapatkan status sebenar, bukannya sekadar bercakap di media,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan daripada PFAM, pemain yang terlibat dalam pembayaran gaji ini adalah daripada pasukan PDRM, MOF, DBKL dan TCFC. Manakala untuk pemain-pemain Marcerra United dan Hanelang, dijangka akan menerima bayaran awal tidak lama lagi.

“PFAM ingin mengesahkan bahawa setiap pemain yang diwakili oleh PFAM telah menerima bayaran daripada FAM bagi tunggakan gaji yang dilaporkan.

“Sebagai makluman, pemain-pemain yang menerima bayaran ini adalah pemain-pemain yang telah membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.

“PFAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak FAM yang telah banyak bekerjasama dan melakukan sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini,” kata kenyataan daripada PFAM.

Mereka juga berharap perkara yang sama akan turut berlaku kepada pemain-pemain pasukan yang masih mempunyai masalah tunggakan gaji seperti Kuantan FA, Pulau Pinang, Perlis dan lain-lain.

“Bantuan dan kerjasama daripada pihak FAM dan MFL amat diharapkan bagi menyelesaikan masalah ini, dan PFAM percaya semuanya sedang berada di landasan yang tepat ke arah jalan penyelesaian,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN