Zainal Abidin Hassan: “Mungkin Pan-gon Masukkan Natxo Insa Kerana Ingin Kawal Keadaan”

Bekas pemain bola sepak legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan tampil memberi pandangan tersendiri mengenai perjalanan skuad kebangsaan di pentas saingan Piala Asia 2023.

Malah, Zainal juga turut memberi ulasan tersendiri mengenai keputusan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk memasukkan khidmat Natxo Insa pada aksi lalu bertemu Bahrain.

Natxo menjadi antara pemain paling banyak menerima kritikan sepanjang aksi tersebut berlangsung kerana aksi ditinggalkan beliau dianggap kurang membantu pasukan kebangsaan.

Apa tidaknya pemain sebelum itu, Syamer Kutty Abba menjadi antara begitu positif mengawal jentera tengah negara sebelum digantikan oleh Natxo di separuh masa kedua.

Disebabkan itu, Zainal sempat memberi pesanan kepada kejurulatihan negara supaya tampil lebih berhati-hati untuk membuat sebarang pertukaran pemain pada aksi seterusnya menentang Korea Selatan.

Kata Zainal, pertukaran membabitkan Syamer dan Natxo menjadikan momentum permainan Malaysia ketika itu turut berubah sehingga menghasilkan jaringan buat pasukan lawan pada minit akhir permainan.

Untuk itu, sebarang kesilapan dibuat pada aksi lalu tidak boleh berulang, apatah lagi Malaysia bakal menentang jaguh Asia iaitu Korea Selatan bagi perlawanan terakhir mereka.

“Mungkin Pan-gon memasukkan Insa kerana ingin mengawal keadaan, tetapi terbukti Malaysia diasak Bahrain. Jadi keputusan yang dibuat perlu diambil sebagai pengajaran kerana pasukan kita masih mentah.

“Tetapi kredit tetap harus diberi kepada Pan-gon kerana begitu lama bola sepak Malaysia kebelakang namun hanya dengan masa hampir dua tahun beliau mengubah pasukan kebangsaan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Zainal juga turut menuntut supaya para pemain kebangsaan dapat menampilkan corak permainan lebih berdisiplin serta mengelakkan kesilapan-kesilapan mudah yang hanya akan menyebabkan skuad kebangsaan rugi.

“Kita bermain dengan satu pasukan yang hebat dan menunggu setiap peluang, sebab kita perlu tahu, lawan Korea Selatan, lima kesalahan kita buat, empat kita dibolosi, kita kene faham dari sekarang, disiplin amat penting, bila kita hilang bola, habis,” katanya lagi.

Untuk kedudukan semasa menyaksikan kini Malaysia tidak lagi layak untuk ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 selepas kegagalan mereka untuk memungut walau satu mata sepanjang mengharungi dua perlawanan.

Aksi terakhir menentang Korea Selatan ini merupakan peluang untuk Malaysia sekurangnya untuk tidak pulang dengan tangan kosong bagi aksi tersebut di Qatar.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN