Zainal Abidin Hassan sah dilantik sebagai jurulatih baharu skuad Pulau Pinang.
Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Zainal dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebagai pengganti Ashley Westwood yang bersetuju untuk berpisah dengan pasukan dari utara tanah air itu.
Tugas berat menanti
Bekas pengendali Selangor dan Pahang itu bagaimana pun mengalami tugas sukar.
Hal ini kerana, beliau perlu mengubah persepsi pasukan yang belum lagi menang sebarang perlawanan Liga Super setakat ini.
Misi pertama Zainal pastinya adalah untuk membawa Pulau Pinang ke Piala Malaysia. Walaupun peluang semakin samar, namun Pulau Pinang masih ada peluang berbaki 3 perlawanan untuk membuktikan sesuatu.
Jika tidak layak ke Piala Malaysia, tugas utama menanti Zainal adalah untuk membawa Pulau Pinang untuk tidak tersingkir dari Liga Super pada musim ini.
Zainal dijangka akan diperkenalkan kepada media pada satu sidang khas yang dilakukan oleh pihak FAP di bangunan Komtar.
Ia akan diadakan pada jam 12 tengah hari pada 24 Mac (Jumaat) di pejabat ketua menteri, tingkat 28.
Selamat datang dan semoga berjaya buat Zainal Abidin Hassan!
Baca juga: Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM