Junior Eldstal Terima Anugerah British Council Alumni Atas Sumbangan Dalam Bola Sepak

Pemain skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Junior Eldstal baru-baru ini menerima anugerah diatas sumbangannya dalam bola sepak.

Beliau yang juga pemain skuad kebangsaan menerima anugerah daripada Institut Hartpury yang merupakan institut pengajian tinggi di England.

Terima anugerah

Junior yang merupakan pemilik ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurulatihan sukan menerima anugerah dari British Council Alumni Awards yang diadakan baru-baru ini.

Beliau menerima anugerah tersebut yang juga ditandingi oleh 60 lagi calon lain diatas jasa yang diberikan oleh beliau dalam bola sepak.

Jasa beliau bukan sahaja terhadap pasukan bola sepak Hartpury yang gemilang ketika beliau menjadi pemain serta penuntut di sana. Malah ia turut melibatkan jasa beliau terhadap skuad JDT dan juga skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, Junior juga diiktiraf diatas bantuan yang beliau berikan kepada atlet yang juga dalam masa yang sama merupakan pelajar.

“Menjadi pemain bola sepak profesional adalah satu karier yang cukup singkat. Jadi, kita perlu ada pendidikan yang kukuh sebagai persediaan.”

Junior bagaimana pun cukup gembira apabila dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut.

“Saya cukup gembira dengan kejayaan yang diperoleh. Hal ini kerana saya rasa bertuah dapat bersama-sama dengan orang yang memberikan inspirasi kepada saya.”

“Saya tak akan berjaya kecapi semua ini jika tiada sokongan dari keluarga dan juga Hartpury.”

Kejayaan Junior ini jelas membuktikan yang pemain bola juga perlukan pendidikan untuk kehidupan selepas bermain. Hal ini kerana, kita tidak tahu berapa lama kita akan dapat bermain bukan?

Sekalung tahniah dari kami di Semuanya BOLA untuk Junior Eldstal!

Baca juga: TMJ: Langkah Pertama Ke Wisma FAM. Misi Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN