Zainal Abidin Bakal Jadi Ketua Jurulatih Melaka United?

Bekas pemain kebangsaan dan pengendali Pulau Pinang pada musim lalu, Zainal Abidin Hassan dikhabarkan akan dilantik sebagai ketua jurulatih Melaka United untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Zainal dikhabarkan akan menggantikan E. Elavarasan selepas Timbalan Presiden Persatuan Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi sendiri mengesahkan tawaran telah dihantar kepada Zainal semalam.

Zainal Abidin ketika bergelar jurulatih Pulau Pinang.

Bercakap kepada wartawan Berita Harian ketika ditemui di Majlis Pelancaran F:30 semalam, Yusoff Mahadi dipetik sebagai berkata:

“Presiden (Adly Zahari) sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mengambil Zainal selaku jurulatih dan hari ini, saya bersama wakil Presiden sudah menyerahkan surat tawaran kepada Zainal.

“Saya menjangkakan dalam masa terdekat, Zainal akan ke Melaka untuk menandatangani kontrak. Kita mahukan perkara ini diselesaikan segera supaya memudahkan lagi persiapan pasukan untuk musim depan.

E. Elavarasan

Pada musim lalu Melaka United dibimbing oleh jurulatih dari Portugal, Eduardo Almeida sebelum digantikan dengan Elavarasan selepas prestasi kurang memberangsangkan skuad Hang Tuah di saingan Liga Super 2018.

Elavarasan kemudiannya berjaya memperbaiki prestasi Melaka United dan memastikan pasukan itu kekal bersaing di saingan Liga Super pada musim hadapan.

Untuk rekod, Melaka United menduduki tangga ke-7 unifi Liga Super 2018, selepas sebelum itu bergelut di zon penyingkiran.

Foto: MUSA

Pengurusan MUSA mengambil keputusan merehatkan Almeida pada awal Mei lalu, sebelum melantik bekas pengendali PKNS FC, Elavarasan untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2018.

Walaupun berjaya membantu Melaka United kekal di saingan Liga Super, Elavarasan dikatakan enggan menyambung kontrak beliau bersama pasukan itu untuk musim 2019.

Zainal Abidin Hassan

Mengenai Zainal, Yusoff yakin pengalaman jurulatih itu di saingan domestik mampu membantu cabaran Melaka pada musim hadapan.

“Sebelum ini, dia mengendalikan pasukan Liga Perdana. Jadi kami melihat ini sebagai peluang untuk Zainal kembali ke saingan Liga Super dan membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih tinggi sama seperti sebelum ini,” ujar Yusoff.

“Kami mengharapkan peluang ini mampu menjadi motivasi kepada Zainal sekali gus menjadikan Melaka sebagai pencabar pada musim depan,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN