Quantcast

BERITA

Piala Carabao: Tottenham & Arsenal Mara, Lampard Gagal Jinakkan Chelsea

Enam perlawanan Piala Carabao sudah pun berlangsung setakat ini. AFC Bournemouth dan Burton Albion sudah mengesahkan tempat di suku akhir dalam perlawanan semalam.

Awal pagi tadi, empat lagi perlawanan dilangsungkan, melibatkan lima kelab dari Liga Perdana Inggeris.

West Ham vs Tottenham Hotspur

Bintang Korea Selatan, Son Heung-Min meraikan penampilan ke-150 untuk Tottenham Hotspur dengan menjaringkan dua gol untuk mudah menafikan cabaran West Ham 3-1 di tempat lawan.

Voli kaki kiri Fernando Llorente terus mematikan cabaran West Ham yang sebelum itu cuba bangkit selepas ketinggalan dua gol, melalui tandukan Lucas Perez.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 31: Heung-Min Son of Tottenham Hotspur celebrates after scoring his team’s second goal during the Carabao Cup Fourth Round match between West Ham United and Tottenham Hotspur at London Stadium on October 31, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Tetapi penampilan Son yang mencuri tumpuan dalam perlawanan ini. Pemain antarabangsa Korea Selatan itu membuka tirai jaringan di Stadium London dengan rembatan ke penjuru gawang selepas menerima hantaran Dele Alli pada minit ke-16 perlawanan.

Beliau kemudiannya melebarkan kedudukan pada babak kedua perlawanan selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan, Arthur Masuaku sebelum menggelecek penjaga gol West Ham, Adrian memberikan Spur selesa dengan kelebihan dua gol.

Jaringan Perez pada minit ke-71 perlawanan kemudiannya pantas dipadam oleh Llorente empat minit kemudian, untuk kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat.

Arsenal vs Blackpool

Layangan dua kad merah masing-masing untuk Arsenal dan Blackpool mencemari perlawanan ini.

Pemain pertahanan, Stephan Lichtsteiner meletakkan The Gunners di hadapan pada babak pertama perlawanan.

Lima minit selepas perlawanan separuh masa kedua bersambung bintang muda, Emile Smith Rowe memberikan kelebihan dua gol untuk Arsenal.

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Matteo Guendouzi menerima kad kuning kedua perlawanan dan diarahkan keluar padang selepas dipersalahkan menarik Jordan Thompson, menyebabkan Arsenal terpaksa meneruskan baki 35 minit pelawanan dengan 10 pemain.

Blackpool kemudiannya berjaya merapatkan kedudukan melalui Paudie O’Connor selepas pemain itu menyempurnakan sepakan penjuru pada minit ke-66.

Ini menjadikan perlawanan menjadi dramatik menuju babak akhir perlawanan, dengan Blackpool mengasak untuk mencari gol penyamaan.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 31: Blackpool’s Paudie O’Connor receives a Red Card during the Carabao Cup Fourth Round match between Arsenal and Blackpool at Emirates Stadium on October 31, 2018 in London, England. (Photo by Rachel Holborn – CameraSport via Getty Images)

O’Connor bagaimanapun memerima layangan kad merah pada minit ke-86 perlawanan selepas dipersalahkan mengasari¬†Pierre-Emerick Aubameyang.

Arsenal berjaya mempertahankan kelebihan, sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir bertemu Tottenham Hotspur.

Chelsea vs Derby County

Chelsea menyingkirkan Derby County dengan kepulangan Frank Lampard ke Stamford Bridge sebagai pengurus pasukan lawan menjadi tumpuan utama.

Ia adalah kekalahan yang dianggap dramatik buat Lampard, dengan lima gol dihasilkan dalam perlawanan ini.

31st October 2018, Stamford Bridge, London, England; Carabao Cup football, fourth round, Chelsea versus Derby County; Derby County Manager Frank Lampard give the crowd a thumbs up as he stands underneath a pride of London sign (photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Dua gol sendiri pemain Derby oleh Fikayo Tomori dan Richard Keogh membenarkan Chelsea mendahului dua kali selepas setiap pendahuluan dimatikan oleh Derby melalui jaringan Jack Marriot dan Martyn Waghorn.

Cesc Fabregas muncul wira The Blues dengan gol kemenangan empat minit sebelum babak pertama perlawanan berakhir untuk memberikan pendahuluan 3-2 kepada Chelsea.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 31: Cesc Fabregas of Chelsea celebrates after scoring his team’s third goal during the Carabao Cup Fourth Round match between Chelsea and Derby County at Stamford Bridge on October 31, 2018 in London, England. (Photo by Chelsea Football Club/Chelsea FC via Getty Images)

Babak kedua perlawanan menyaksikan percubaan Derby melalui Mount, Marriot dan Keogh gagal diterjemahkan kepada jaringan. Manakala Cahill dinafikan dari jarak dekat, dan tandukan Alvaro Morata diselamatkan penjaga gol Scott Carson.

Percubaan pemain gantian Derby, David Nugent diminit akhir perlawanan pula sekadar menyingahi palang sebelum didakap kelas Willy Caballero.

Chelsea akan menanti cabaran Bournemouth di peringkat seterusnya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!