Apa rasanya apabila kita terpaksa disisihkan dari skuad ketika melihat pasukan menjulang kejuaraan?
Kita pastinya gembira bukan? Tapi dalam hati terdetik rasa cemburu kerana tidak dapat menikmati perlawanan akhir di atas padang kerana terpaksa menikmatinya dari tempat duduk penonton kerana tercedera.
Itulah yang dilalui oleh Zac Anderson, pemain Kedah yang tersisih ketika perlawanan akhir Piala FA Malaysia ketika menentang Pahang tempoh hari akibat kecederaan.
Beliau menyatakan kepada MStar yang beliau telah membelanjakan sejumlah wang untuk memastikan diri kembali cergas untuk membantu pasukannya.
Ketika rehat bulan Ramadhan, Anderson telah terbang ke Melbourne untuk mendapatkan rawatan pakar bagi memulihkan kecederaan yang dialami beliau.
Beliau dikatakan telah membelanjakan RM50 ribu untuk memulihkan kecederaan beliau. Satu nilai yang cukup besar buat kita semua.
“Saya tak kisah keluarkan wang sebanyak RM50 ribu untuk pulihkan kecederaan saya.”
“Saya tidak mahu kerana kecederaan saya, saya tidak boleh berkhidmat dengan baik di sini.”
Anderson nyata gembira dan bersyukur dengan keadaan beliau yang semakin baik, dan beliau kini menyerahkan kepada barisan kejurulatihan Kedah untuk menilai tahap kecergasan beliau.
“Sekarang saya cuma fikir untuk yakinkan Nidzam Adha mengenai prestasi saya. Saya berharap saya dapat mengisi kesebelasan utama pasukan kelak.”
Sumber:
- MStar (2017): Zac Anderson Keluar Duit Poket RM50,000 Demi Kedah; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/30/zach-belanja-50k/