Bekas Pemain JDT Simone Del Nero Bakal Tubuh Akademi Sendiri Di Itali

Masihkah anda ingat dengan Simone Del Nero? Ya, Simone Del Nero!

Beliau merupakan 1 daripada 2 pemain import terawal yang menyertai revolusi pasukan JDT di Liga Malaysia bersama-sama dengan pemain import ternama – Dani Guiza.

Namun begitu, jodoh Del Nero dengan JDT tak panjang, beliau hanya sempat beraksi untuk Harimau Selatan untuk semusim sahaja.

Kini beliau kembali ke JDT, tapi apa pula urusannya?

Dalam kemas kini JOHOR Southern Tigers, Del Nero kelihatan hadir ke padang latihan JDT di Padang Seri Gelam.

Menurutnya, beliau nyata kagum dengan kemajuan fasiliti yang disediakan di JDT kerana fasiliti yang disediakan ketika beliau bermain cukup berbeza.

Katanya, ketika beliau bermain di JDT hanya ada satu ambulans dan satu bilik air sahaja untuk kegunaan para pemain dan pegawai.

Kini JDT mempunyai fasiliti yang cukup baik malah berada dalam landasan tepat untuk menjadi pasukan yang dikenali di mata dunia.

Del Nero juga mendedahkan yang beliau bakal mewujudkan akademinya sendiri di Itali bagi mencungkil bakat-bakat terbaik di sana.

Apa yang menarik adalah Del Nero bakal meletakkan logo pasukan JDT di akademi tersebut!

Ia dilakukan bertujuan untuk mengenang jasa yang dilakukan oleh JDT kepada beliau.

Nampaknya, Del Nero dan JDT punya hubungan yang istimewa ya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN