Yusri Lega Import Baharu Kelantan Mula Serasi

MFL

Pengendali pasukan Kelantan, Yusri Che Lah mengatakan yang beliau kini berasa lega dengan pasangan pemain import yang dimiliki beliau mula menunjukkan keserasian bermain bersama.

Walaupun baru pertama kali diturunkan bersama dalam aksi persahabatan semalam menentang Nara FC, Yusri berkata kerisauan melanda dirinya apabila bimbang pemain importnya tidak mampu untuk serasi dengan pemain tempatan dalam skuad Kelantan.

“Sebenarnya sepanjang perlawanan ini saya risau memikirkan keserasian antara pemain tempatan dan import. Ini kali pertama mereka diturunkan bersama dalam kesebelasan utama. “

“Namun selepas melihat persembahan mereka di separuh masa kedua, saya berasa agak lega.”

Kini pada hemat Yusri, hanyalah masa yang diperlukan untuk para pemain import Kelantan mula membiasakan diri dengan pemain tempatan menjelang saingan liga bakal bermula dalam masa sebulan.

“Saya tidak mahu menilai pemain import berdasarkan persembahan di separuh masa pertama kerana banyak juga kesilapan serta permainan negatif ditunjukkan daripada kita sendiri.”

“Saya harap pada perlawanan akan datang, pemain import akan mendapat lebih masa dan dapat cari keserasian dengan pemain tempatan.”

Kelantan seri 1-1 menentang Nara FC di Stadium Sultan Muhammad IV dengan jaringan dari Nik Akif menyelamatkan pasukan tuan rumah daripada kekalahan.

Mereka dijangka akan menentang Kedah dan Perak II dalam dua lagi siri perlawanan persahabatan yang belum lagi ditentukan butirannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN