Yusri Che Lah: Satu Daripada Sasaran KAFA Mampu Diraih

Yusri Che Lah

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menyifatkan sasaran kembali ke saingan Liga Super 2021 dan memenangi satu piala yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada musim ini menjadi cabaran buat dirinya untuk merealisasikan impian tersebut.

Menurut sumber Bernama, pengendali kelahiran Kangar itu turut tidak menganggap cabaran yang digalas tersebut sebagai tekanan dan beranggapan dirinya serta para pemain Kelantan perlu berusaha dengan lebih bekerja keras.

Yusri juga optimis bahawa anak buahnya mampu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Kelantan pada musim ini.

“Saya andaikan satu sasaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan mampu diperoleh dan saya sendiri turut mempunyai impian serta sasaran untuk membawa pasukan TRW kembali ke Liga Super musim hadapan.

“Saya percaya dengan pemain yang ada mampu menggalas cabaran dan mengharapkan tidak dibebani oleh isu luaran yang sebelum ini mengganggu kestabilan dan prestasi pasukan,” katanya kepada wakil Bernama.

“Dalam bola sepak keserasian diperlukan, walaupun ketika ini pasukan saya dihimpit dengan kecederaan pemain utama namun saya masih menaruh harapan supaya barisan pemain bersedia sepenuhnya sebelum sepak sebenar berlangsung.”

Kelantan yang pada satu ketika pernah menjadi antara gergasi bola sepak tanah air terpaksa beraksi dalam saingan Liga Premier 2019 selepas menduduki tangga ke-11 pada edisi 2018.

Cabaran pertama yang bakal dihadapi Yusri Che Lah dan anak buahnya dalam kempen Liga Premier 2020 adalah berdepan Kuala Lumpur pada 29 Februari di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kredit foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN