Shopee Piala FA 2020: SSFC Berharap Dapat Jumpa JDT

SSFC

Pasukan dari Liga M4 yang kini beraksi di Federal Territory Amateur League, SSFC mendedahkan mereka sebenarnya jika diberi pilihan mahu bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

Presiden SSFC, Syah Juan Mohd Noor berkata, walaupun sedar kekuatan mereka ‘jauh panggang dari api’ berbanding lawan, mereka mahu mempelajari sesuatu jika berdepan juara CIMB Liga Super enam kali berturut-turut iaitu JDT.

Antaranya mahu mendapatkan ilmu berguna mengenai pengurusan bola sepak selain merasai kehangatan suasana jika dapat bertemu JDT di gelanggang baharu kelab Harimau Selatan itu, Stadium Sultan Ibrahim.

SSFC diundi berdepan pasukan dari Liga Premier, UKM FC pada pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

“Kalau diikutkan semua pemain saya, mereka sebenarnya mahu jumpa JDT dalam undian kali ini dan bukanlah kata yang kita boleh berlawan dengan mereka.”

“Kenapa kami berharap sedemikian adalah kerana mahu mencari pengalaman, benda pertama sekali yang kami tengok adalah kemudahan dan semua orang tahu kemudahan yang mereka miliki adalah antara terbaik di Asia.”

“Selain itu, kami hendak tengok cara latihan pasukan dan pengurusan mereka, jadi kami boleh pelajari bagaimana untuk menguruskan sebuah pasukan yang bertanding di Liga Super, ” katanya yang ditemui selepas majlis undian pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

SSFC yang ditubuhkan pada 2015 merupakan sebuah kelab yang berasal dari kelab penyokong Selangor Soccer Fan Club (SSFC) dan telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan bermula pada tahun 2017.

Mula beraksi di pentas Federal Territory Amateur League bermula musim lalu, penyertaan sulung SSFC di pentas Piala FA nyata membawa tuah tersendiri.

Diberikan kemenangan percuma pada pusingan kelayakan Piala FA selepas pembatalan penyertaan PIB FC, SSFC terus mara apabila menang selesa 5-1 ke atas Kickers FC yang juga bermain di pentas Federal Territory Amateur League.

Mengenai peluang mereka berdepan UKM FC, Syah menghormati pengalaman lawan yang sudah bermain begitu lama dalam pentas Liga Premier.

Justeru, mereka tidak meletakkan sebarang sasaran yang terlalu tinggi dan jika mampu mengejutkan UKM FC, itu dianggap sebagai satu bonus sepanjang sejarah penubuhan SSFC.

“ Bola sepak adalah sebuah sukan yang memerlukan kerjasama semua pemain di atas padang dan jika mereka semua mampu berada di tahap kecergasan terbaik serta mampu ikuti arahan jurulatih, sesiapa sahaja berpeluang untuk menang.

“ Daripada segi realistik, kami kena hormat kekuatan UKM tetapi kami akan cuba mencari kekuatan serta kelemahan lawan serta melakukan kerja rumah secukupnya sebelum hadapi lawan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN