Yusri Che Lah Letak Jawatan Atas Dasar Tanggungjawab Dan Keprihatinan Ke Atas Majikan

Pengendali Kuala Lumpur FA, Yusri Che Lah baru sahaja mengumumkan perletakan jawatan beliau daripada jawatan ketua jurulatih.

Yusri Che Lah diumumkan sebagai jurulatih Kuala Lumpur pada pra musim yang lalu. Beliau meletakkan jawatan selepas merasakan perlu bertanggungjawab di atas kegagalan pasukan KLFA mencipta sebarang kemenangan setakat ini dalam Liga Super.

KLFA menerusi siaran media rasmi mereka mengucapkan terima kasih di atas jasa Yusri Che Lah. KLFA menyatakan:

“Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur merakam ucapan terima kepada Yusri Che Lah sepanjang penglibatan beliau dalam membangunkan pasukan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur sentiasa menghargai Yusri Che Lah yang sentiasa berusaha melatih para pemain supaya mampu memberikan 100 peratus ketika beraksi.”

“Perletakkan jawatan Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih Kuala Lumpur merupakan keputusan beliau sendiri dan beliau mahukan Kuala Lumpur meneruskan misi untuk kekal dalam Liga Super kerana ia adalah matlamatnya ketika sertai pasukan ibu kota.”

“Sekali lagi, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur merakamkan jutaan terima kasih dan berdoa agar Yusri Che Lah terus berada dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai jurulatih.”

Yusri mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa.

https://twitter.com/kualalumpurfa/status/1105046645631119361

Dalam sidang media khas yang dilakukan oleh pihak KLFA, Yusri Che Lah menjelaskan bahawa beliau berasa bertanggungjawab di atas kehambaran prestasi KLFA kerana pihak pengurusan tertinggi sudah memainkan peranan mereka dengan baik untuk membantu beliau dan pasukan.

Yusri menafikan beliau meletak jawatan kerana desakan oleh sesetengah pihak mahupun penyokong. Sebaliknya tindakan itu lebih kepada kerana keprihatinan beliau ke atas majikan.

Yusri berkata: “Terima kasih kepada KLFA dan para pemain yang telah bertungkus-lumus. Namun kemenangan masih belum menyebelahi kami. Keputusan ini diambil bukan kerana desakan penyokong tetapi keprihatinan saya kepada majikan.”

“Mereka [pengurusan KLFA] sudah berusaha untuk memperbaiki pasukan ini, jadi saya tidak mahu menambahkan lagi beban mereka. Majikan saya tidak ada mendesak saya untuk letak jawatan. Namun ini sudah biasa dalam bola sepak, ada yang akan keluar dan masuk.”

Yusri merakamkan terima kasih kepada KLFA yang memberikan kepercayaan kepada beliau selama bertugas di pasukan tersebut.

KLFA turut mengesahkan bahawa Chong Yee Fatt akan mengambil alih jawatan jurulatih di KLFA secara interim.

“Untuk makluman umum, Chong Yee Fatt akan mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih buat sementara sebelum Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur memutuskan pengganti Yusri Che Lah,” jelas KLFA lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN