SemuanyaBOLA XI LS6: Adam Nor Azlin Ketuai ‘Back 4’ Tempatan Kami

Perlawanan Liga Super LS6 menyaksikan beberapa lagi pemain cemerlang membantu pasukan masing-masing. Ini adalah kedudukan Liga Super selepas tamat LS6.

Kali ini kami menyenaraikan 4 pemain tempatan untuk bek berempat selepas aksi cemerlang mereka. Berikut adalah kesebelasan pilihan kami untuk LS6.

Penjaga gol – Zarif Irfan (PKNS FC)

Beliau melakukan ‘clean sheet’ sekali lagi dan membolehkan beliau meneruskan rekod tidak bolos sebanyak 4 perlawanan berturut-turut. Antara sebab PKNS cemerlang musim ini kerana ketangkasan beliau di gawang gol.

Melakukan beberapa aksi menyelamat ketika aksi menentang Kedah untuk memastikan gawang tidak dibolosi.

Bek kanan – Zaiful Hakim (Kuala Lumpur)

Walaupun Kuala Lumpur akhirnya tewas dengan kebangkitan 3 gol oleh Selangor, namun bek kanan Kuala Lumpur ini mencipta 2 gol – salah satu daripadanya adalah ‘assist’.

https://twitter.com/FOXSportsMY/status/1104733203783331840

Bek tengah – Adam Nor Azlin (JDT)

Pemain yang terus cemerlang bersama JDT pada awal musim ini. Jika Adam meneruskan aksi ini, tidak mustahil beliau akan terus menjadi bek tengah utama Harimau Selatan untuk kempen musim ini.

Bek tengah – Nasrullah Hanif (Terengganu)

Menunjukkan aksi cemerlang dalam aksi menentang Melaka. Beliau turut menjaringkan 1 gol – meneruskan rekod cemerlang pemain pertahanan Terengganu musim ini di hadapan gol.

Bek kiri – Shahrul Saad (Perak)
shahrul saad
Foto: Perak FA

Pemain yang menjadi nadi penting Perak ketika bertahan dan mencetak kemenangan pertama mereka musim ini. Shahrul Saad boleh bermain di mana-mana posisi di pertahanan, jadi kami tolak beliau ke kiri.

Tengah defensif- Lee Tuck (Terengganu)

Menjelajah ke seluruh pelusuk padang dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang sangat tinggi dalam aksi menentang pasukan Melaka. Beliau juga melakukan 2 bantuan gol ketika berhadapan dengan Melaka.

Tengah ofensif – Leandro Velasquez (JDT)

Setakat ini beliau pulang semula ke JDT dengan sentuhan gol. Velasquez memainkan peranan beliau dengan baik sebagai pemain sokongan kepada serangan JDT.

Sayap kanan – Sanjar Shaakhmedov (Terengganu)

Sanjar antara pemain yang cemerlang dalam aksi LS6 selepas dikritik Irfan Bakti sebelum ini. Mungkin beliau mahu membuktikan kualiti beliau kepada jurulatih. Beliau juga menjadi penjaring gol dalam aksi Terengganu menumpaskan Melaka.

Sayap kiri – Zuhair Aizat (Pahang)

Pemain gantian yang menjadi penjaring gol kemenangan Pahang dalam perlawanan berprofil tinggi – serta menghadiahkan kekalahan pertama Kedah musim ini. Beliau masuk pada babak akhir perlawanan dan menjaringkan gol pada percubaan pertama. Beliau juga mencipta satu peluang gol namun gagal disudahkan rakannya.

Penyerang – Diogo (JDT)

Pemain yang memiliki kualiti permainan berpasukan yang baik membolehkan pemain-pemain di sekitar beliau mendapat manfaat. Beliau juga meneruskan rentak di hadapan gol untuk membantu JDT merampas semula singgahsana liga. Diogo memenangi 1 penalti (dijaringkan Cabrera), menyempurnakan 1 penalti serta mencetuskan gol Leandro.

Penyerang – Amri Yahyah (Selangor)

Seorang lagi supersub dalam senarai kami – cuma kali ini status beliau adalah legenda. Kemasukan Amri Yahyah memberikan inspirasi kepada kebangkitan Selangor pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 2-0. Amri juga menjadi penjaring gol kemenangan dalam derbi Lembah Klang.

Itu adalah pilihan kami di SemuanyaBOLA. Anda bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN