Yusri Che Lah: Dua Wakil Dalam Liga Premier Perkara Positif Buat Bola Sepak Kelantan

Yusri

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menyifatkan kehadiran Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan Liga Premier 2020 merupakan perkembangan yang baik buat bola sepak Kelantan.

Kelantan United yang merupakan juara Liga M3 dinaikkan pangkat ke Liga Premier secara automatik selepas penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 dibatalkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Februari lalu.

Kelantan United Enggan Terlalu Ghairah Buru Pemain, Mahu Ketengah Bakat Muda

 

Melihatkan kepada penampilan dua wakil daripada Kelantan dalam Liga Premier musim hadapan, Yusri berpendapat perkembangan semasa itu mampu untuk menaikkan imej bola sepak bagi negeri pantai timur tersebut.

 

“Ia satu saingan yang cukup baik terutamanya dari segi kejohanan dan kebaikan kepada rakyat Kelantan sendiri khususnya kepada pemain muda kerana mereka mempunyai dua pasukan untuk diangkat bermain di peringkat yang tinggi.

“Saya berharap kedua-dua pasukan tidak menjadi musuh yang tidak baik, pada pandangan saya ia cukup berguna kepada bola sepak Kelantan untuk menaikkan semula imej bola sepak negeri ini,” ujar Yusri bercakap ketika dihubungi wakil Bernama.

Musim 2019 bukanlah kempen yang baik buat Kelantan selepas sekadar berada di tempat ke-10 Liga Premier dengan 17 mata hasil empat kemenangan, lapan keputusan seri dan lapan kekalahan.

Kekecewaan itu berterusan dalam saingan Piala Cabaran apabila gagal melepasi peringkat kumpulan A yang turut dibarisi juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Sarawak.

Kredit foto: Kelantan FA Team Red Warriors

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN