RASMI: Jordan Mintah Lengkapkan Perpindahan Ke Terengganu FC II

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Jordan Mintah

Desas-desus mengenai kehadiran peledak utama saingan Liga Filipina akhirnya terjawab selepas Jordan Mintah disahkan akan beraksi bersama Terengganu FC (TFC) II bagi menghadapi Liga Premier 2020.

Jordan Mintah hadir dengan reputasi menarik apabila dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Filipina 2019 selepas menjaringkan 31 gol dalam 22 perlawanan liga yang dilalui bersama Kaya FC-Iloilo.

Penjaring Terbanyak Liga Filipina Jordan Mintah Bakal Sertai TFC II?

Penyerang berusia 24 tahun itu juga membantu kelab tersebut menamatkan saingan Liga Filipina di tempat kedua sekaligus layak untuk beraksi dalam Piala AFC 2020.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi pasukan, Jordan dan Terengganu FC telah memeterai kontrak selama semusim.

Philippines: Ghanaian forward Jordan Mintah wins Golden boot award in the Philippines top-flight league

Kehadiran penyerang kelahiran Ghana itu secara tidak langsung telah melengkapkan kuota pemain import buat skuad TFC II yang sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan PDRM, Argzim Redzovic.

TFC II turut mengambil keputusan untuk menyambung kontrak dua pemain import iaitu Dechi Marcel N’Guessan dan Bruno Suzuki.

Musim 2019 menyaksikan TFC menamatkan kempen Liga Premier di tempat keempat dengan 30 mata hasil lapan kemenangan, enam keputusan seri dan enam kekalahan serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U