Adalah tidak wajar untuk peminat dan media menhentam Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) secara terburu-buru hanya kerana kekalahan Malaysia 1-2 kepada Lubnan baru-baru ini.
Kali ini giliran Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi menyeru kepada semua pihak untuk terus percaya akan kebolehan Tunku Ismail.
Datyk Yusoff Mahadi berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru sahaja memegang jawatan Presiden FAM selama 84 hari. Ia adalah tindakan yang tidak adil untuk terus menilai pencapaian baginda.
Baru-baru ini pelbagai pihak melontarkan kritikan secara peribadi terhadap baginda terutama selepas kekalahan 1-2 menentang Lubnan dalam Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia 2019.
“Kekalahan itu menjadi bahan bualan di sesetengah akhbar dan media sosial seolah-olah presiden yang bersalah. Saya risau jika perkara ini diperbesar-besarkan, baginda akan angkat kaki.”
“Kita perlu memberi sokongan di atas usaha dan pembaharuan yang dilakukan oleh TMJ. Baginda tidak memerlukan FAM, tetapi FAM dan penyokong sangat memerlukan baginda.”
“Kita pernah mengalami situasi sukar apabila presiden sebelum ini melepaskan jawatan sebelum penggal berakhir, kita tak nak perkara ini berulang.”
“Jika ada pemimpin baru pun, tidak pasti beliau boleh membawa kemenangan dalam semua perlawanan selepas ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.” Jelas Datuk Yusoff sebagai dipetik kepada wartawan.
Aksi perlawanan menentang Lubnan itu merupakan perlawanan pertama skuad kebangsaan sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih tampuk pengurusan badan induk bola sepak negara.
Ketua Jurulatih dari Portugal juga hanya memegang jawatan sebagai pengendali selama 3 minggu dan belum berkesempatan untuk menilai kemampuan para pemain secara menyeluruh.
Baru-baru ini juga terdapat gesaan daripada adinda TMJ sendiri iaitu Tun Aminah supaya usah kekal lama bersama FAM jika sememangnya baginda tidak diperlukan di situ.
Sumber:
1 Astro Awani (2017): Jangan sampai TMJ angkat kaki – Timbalan Presiden FAM;
http://www.astroawani.com/berita-sukan/jangan-sampai-tmj-angkat-kaki-timbalan-presiden-fam-146573