Luis Suarez Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Uruguay, Buat Penduduk Salto Terharu

Luis Suarez adalah seorang pencetak gol yang produktif di atas padang. 85 gol daripada 97 penampilan sejak menyertai Barcelona pada musim 2014 adalah rekod yang amat menakjubkan.

Luis Suarez juga adalah seorang pemain yang sering dipalit dengan kontroversi. Beliau pernah digantung perlawanan kerana pertengkarannya dengan pertahanan Manchester United, Patrice Evra ketika beraksi bersama Liverpool.

(Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Di pentas antarabangsa, insiden menggigit pemain lawan dan menahan bola di kotak penalti turut menyebabkan Luis Suarez menanggung akibat pergantungan yang sama.

Di sebalik segala ledakan gol dan deretan kontroversi itu, Luis Suarez tetap mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Itu adalah sisi lembut penyerang antarabangsa Uruguay itu.

Luis Suarez dilaporkan menderma makanan, selimut dan pakaian kepada mangsa banjir yang menimpa Salto, Uruguay. Salto adalah kawasan asal usul Luis Suarez di Uruguay.

(Photo by Valentino Rossi/LatinContent/Getty Images)

Antara sumbangan penyerang Barcelona itu ialah 3000 lampin pakai buang, lebih daripada setan gula, cokelat, susu formula bayi, selimut dan juga cadar.

Bantuan berkenaan dihantar menggunakan perkhidmatan kontena kargo dan dilaporkan sudah berada di ibu kota Monteviedo.

Kontena kargo berkenaan akan dipindahkan ke Jabatan Koordinasi Kecemasan Salto, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

Datuk Bandar Salto, Andres Lima terharu dengan bantuan yang diberikan oleh Luis Suarez.

(Photo credit should read MARIANA MENDEZ/AFP/Getty Images)

“Luis Suarez adalah anak emas bandar Salto,” ujar Andres Lima.

“Sekali lagi Suarez telah menunjukkan solidariti dan memberikan pengharapan kepada ratusan keluarga yang terjejas akibat bencana banjir ini.”

“Kebiasaannya apabila memberikan bantuan sebegini, penderma lebih gemar untuk merahsiakan identiti mereka.”

“Namun ia adalah sesuatu yang bagus untuk penduduk Salto mengetahui bahawa Suarez telah memberikan sokongan kepada tanah kelahirannya.”

Selain daripada Salto, kawasan lain yang turut terjejas dengan keadaan banjir di Uruguay adalah di Artigas dan juga Paysandu.

Lebih daripada 7000 penduduk dilaporkan telah terjejas akibat daripada banjir yang melanda Uruguay dalam bencana yang melanda kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN