Datuk Wira Yusoff Mahadi memberitahu, untuk mendapatkan lesen AFC, setiap pasukan itu wajib ada skuad B-17 tahun ataupun pasukan belia.
Lesen AFC adalah lesen yang wajib dimiliki oleh pasukan yang bertanding dalam pertandingan kelab anjuran AFC termasuk ACL dan Piala AFC.
Datuk Wira Yusoff Mahadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia menyatakan langkah ini diambil secara pro-aktif oleh FAM bagi membantu bola sepak Malaysia.
Bercakap kepada wartawan Astro, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata:
“Buat masa ini, Malaysia adan liga B-17 tahun yang di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).”
“Kami telah menghubungi KPM untuk mengadakan liga ini kerana ingin memastikan setiap pasukan wajib menubuhkan pasukan B-17 sebagai syarat memenuhi syarat pelesenan AFC pada musim depan.”
Jadi, setiap pasukan haruslah memandang serius isu ini. Menurut Datuk Wira Yusoff Mahadi lagi, ianya merupakan salah satu kriteria yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC.
Dengan adanya langkah sebegini diambil, kita akan dapat memperbaiki kualiti bola sepak di peringkat akar umbi dan transisi kepada peringkat remaja ataupun belia.
Ini seterusnya dapat melahirkan generasi bola sepak yang lebih bersedia pada masa yang akan datang.