‘Yusoff Mahadi Cadang Kuota Import Buat Liga M3’- Bagus Atau Tidak?

Saingan Amateur Football League (AFL) dijangka akan mengalami perubahan pada musim hadapan dengan kelibat pemain import mungkin akan turut beraksi di sana bersama kelab bertanding dalam kejohanan Liga M3.

Lontaran idea tersebut dikeluarkan sendiri oleh Pengerusi AFL iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dengan beliau sudah pun mengusulkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dinilai.

Liga M3 merupakan saingan domestik bagi divisyen kedua di Malaysia kini, dengan sebelum itu hanya para pemain tempatan sahaja boleh didaftarkan kelab-kelab yang beraksi.

“Setakat ini kita sudah bagi beberapa cadangan kepada teknikal FAM tapi belum ada keputusan lagi.

“Memang kita sebenarnya mahu melatih pasukan-pasukan ini kerana apabila mereka naik ke Liga Super mereka akan guna pemain import.

“Jadi bagaimana mereka hendak main jika tidak mempunyai pengalaman dengan pemain import.

“Jadi faktor pemain import ini juga ada dalam perbincangan kita, jadi kita tunggu jawapan daripada pihak teknikal FAM,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Yusoff menyatakan cadangan tersebut kerana beliau mahu meningkatkan lagi kualiti liga tersebut selain turut mahu mendapatkan hak penyiaran musim hadapan.

“Kejohanan Liga MBSB Bank kini sudah menjadi liga tier kedua dan kami perlu fikir bagaimana hendak tingkatkan kualiti liga supaya ia mendatangkan nilai kepada liga sama ada dengan pemain yang lebih baik termasuk pemain import dan mendapatkan hak penyiaran,” kata beliau.

Persoalannya kini, adakah ia akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan buat semua kelab bertanding di saingan liga tersebut musim hadapan?

Jika ditinjau situasi semasa di Liga Super, kebanyakan kelab bertanding masih lagi menghadapi kesukaran untuk menstabilkan kewangan mereka kerana dibebani oleh masalah pendaftaran pemain import yang mempunyai nilai pasaran lebih tinggi berbanding tempatan.

Malah, situasi semasa menyaksikan tiada keperluan langsung untuk AFL memperkenalkan kuota import musim hadapan kerana di situ kebanyakan anak muda serta pemain tempatan lain tampil lebih menyerlah serta keluar daripada bayangan import, tidak seperti dalam saingan Liga Super.

Lihat sahaja penjaring terbanyak Liga M3 musim ini iaitu Abdul Azim Rahim yang sebelum ini kurang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), sehingga musim ini menyaksikan beliau menjadi antara pemain paling menonjol dan mula menarik minat pasukan-pasukan besar.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA, adalah lebih baik untuk mengekalkan format sedia ada dan tidak perlu menambah kuota import kerana ia mungkin memberi mudarat kepada kelab yang tidak menjana begitu banyak keuntungan serta menenggelamkan bakat-bakat tempatan untuk dilihat sepeti Azim Rahim.

Pandangan anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN