Yusoff Mahadi Beri Bayangan Liridon Akan Sertai Melaka United

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka, Datuk Wira Yusoff Mahadi membayangkan pihaknya akan mengumumkan bekas pemain import Kedah, Liridon Krasniqi sebagai pemain import mereka dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beliau mengakui kemasukan pemain yang berusia 26 tahun tersebut merupakan salah satu rancangan untuk menjadikannya sebagai pemain naturalisasi bagi membolehkannya mewakili skuad kebangsaan pada tahun depan.

Beliau berkata demikian dalam Stadium Astro menyifatkan perkara itu mampu menjadi realiti memandangkan dia telah beraksi selama empat musim dalam Liga Malaysia dan perlu bermain semusim lagi sebelum layak menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya.

“Dengan keberadaan Liridon dalam Liga Malaysia musim ini, secara automatik dia layak untuk dicalonkan menjadi pemain naturalisasi tahun depan. Jadi, penting untuk dia berada dalam Liga Malaysia tahun ini atau tinggal di Malaysia bagi tahun 2019,” katanya.

Beberapa hari lalu, dalam satu muat naik insta story oleh pemilik JDT, TMJ dan Liridon bergambar bersama-sama.

Sekaligus menimbulkan khabar angin adakah Liridon bakal menyertai JDT? Atau mungkin ia sekadar gambar bersantai di antara TMJ dan Liridon.

JDT antara pasukan yang berminat dengan Liridon seperti mana yang pernah diluahkan oleh Liridon, namun pemain itu memilih untuk melanjutkan kontrak bersama Kedah pada ketika itu.

Bagaimanapun, kehadiran Liridon di Melaka pasti mengundang persoalan mengenai hubungannya dengan penolong jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff, yang sebelum ini dingin ketika bersama pasukan Kedah.

“Saya percaya sebagai seorang pemain profesional, Liridon tahu bagaimana untuk membawa diri dan Nidzam sendiri sedar dia hanya pembantu ketua jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan. Saya berharap agar pengetahuannya mengenai Liridon akan membantu,” tambah Yusoff.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN