Tuchel Tak Sangka Dapat Menyaksikan Kemenangan Luar Biasa 9-0 PSG Ke Atas Guingamp

Pengurus Paris Saint-Germain Thomas Tuchel terkejut dan kagum menyaksikan kemenangan pasukannya – 9-0 – membelasah Guingamp, Sabtu lalu. Kylian Mbappe dan Edinson Cavani menjaringkan hatrik, manakala Neymar menjaringkan dua gol ketika PSG memalukan Guingamp di Paris.

Tuchel kagum dan tak sangka anak-anak buahnya mampu mencipta kemenangan sedemikian rupa. Beliau berkata:

“Saya perlu fikir balik, tetapi saya tidak fikir saya pernah melihat kemenangan 9-0 dalam perlawanan liga. Kami benar-benar bernafsu mahu menjaringkan gol, kami bermain dengan kualiti yang sangat tinggi.”

“Kami bertambah baik pada babak kedua dan bermain sangat lancar dengan struktur serangan yang baik – terdapat juga banyak serangan, ramai pemain kami di kawasan penalti lawan. Dan banyak peluang untuk menjaringkan gol dicipta.”

BELGRADE, SERBIA – DECEMBER 11: Neymar (C) of Paris Saint-Germain celebrates after scoring a goal with Thilo Kehrer (L) and Angel Di Maria (R) during the UEFA Champions League Group C match between Red Star Belgrade and Paris Saint-Germain at Rajko Mitic Stadium on December 11, 2018 in Belgrade, Serbia. (Photo by Srdjan Stevanovic/Getty Images)

“Selepas gol pertama, kedua dan ketiga, kami bermain dengan lebih keyakinan. Seterusnya, kami melakukan perkara-perkara tidak terlalu rumit, tetapi sangat cepat dan tajam. Kami sangat berpuas hati dan sangat gembira.”

Mbappe dan Cavani menjadi rakan sepasukan kedua untuk mencetak hatrik dalam 1 perlawanan sama dalam sejarah Ligue 1. Cavani turut melepasi angka gol seabad (100) untuk PSG.

Cavani merasakan ianya sedikit balas dendam ke atas Guingamp yang menyingkirkan mereka dalam Coupe Dengan France.

“Perkara utama adalah mengalahkan Guingamp malam ini selepas mereka mengetepikan kami daripada Coupe de la Ligue,” kata Cavani berikutan kemenangan itu.

“Ia menunjukkan bahawa pasukan kami mahu terus melakukan perkara yang hebat dan tidak hilang fokus selepas kekalahan. Ianya terpulang kepada kita untuk terus mengekalkan rentak seperti itu.”

“Saya sangat gembira kerana menjaringkan gol ke-100 saya dan juga yang ke-101 saya di Parc des Princes. Saya berada dalam sejarah kelab dan saya mahu terus mencetak gol untuk membantu pasukan saya.”

Beliau memberikan penghargaan kepada rakannya terutama sekali Neymar dan Angel Di Maria yang membantu beliau menjaringkan gol ke-100.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN