Yusoff Mahadi Anggap Tindakan Pemain Perlis Burukkan Imej Bolasepak Malaysia

MFL

Timbalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menyelar tindakan segelintir pemain Perlis yang melaporkan kepada pihak media mengenai masalah tunggakan gaji mereka.

Beliau menyifatkan tindakan mereka itu dilihat cuba memburuk-burukkan imej Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan memberi kesan kepada pengendali liga (Malaysia Football League) dan FAM sendiri.

“Bagi saya, ini cubaan pihak tertentu yang mahu memburukkan imej PFA, sedangkan mereka tahu PFA ketika ini dipimpin oleh presiden baharu.

“Sudah tentu PFA perlukan masa untuk mengubah struktur dan sistem persatuan termasuk cuba menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

“Malah, FAM dan MFL sendiri bukan senang-senang membenarkan Perlis bermain di Liga Perdana sekiranya mereka tidak mempunyai sumber kewangan kukuh untuk mengharungi kempen liga musim ini.

“Seperti yang sudah diterangkan oleh MFL sebelum ini, kalau PFA gagal selesaikan isu gaji hingga tempoh yang diberikan, geran RM1 juta yang diperuntukkan kepada pasukan akan dipotong dan dibayar kepada pemain.

“Jadi saya mohon mereka bersabar dan beri masa kepada PFA. Sebab tindakan mereka bukan saja merosakkan imej PFA, malah memberi kesan kepada MFL dan FAM sebagai badan pentadbir liga dan bola sepak negara,” katanya dalam Berita Harian.

Barisan pemain Perlis musim lalu masih tidak menerima gaji mereka selama 7 bulan. FOTO: PFA

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan 18 orang pemain Singa Utara ibarat digantung tidak bertali kerana masih belum menerima tunggakan gaji seperti dijanjikan oleh pengurusan PFA.

Yusoff berkata isu tersebut sengaja dibangkit kerana MFL sebelum ini sudah memberi penjelasan mereka bersedia memotong geran tahunan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sekiranya mereka gagal melunaskan tunggakan gaji dalam tempoh 60 hari bermula 28 Disember lalu.

“Itulah saya katakan tadi, isu ini seolah-olah sengaja dibangkitkan untuk memburukkan imej PFA, MFL dan FAM.

“Pemilihan Perlis dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk kekuatan kewangan pasukan. Kami tidak semewang-wenangnya membenarkan pasukan yang tidak mempunyai kekuatan sumber kawangan untuk bersaing di Liga Perdana.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN