Kelantan Masih Belum Jumpa Penyerang Import Berkualiti

Pengarah Teknikal skuad The Red Warriors (TRW), Jorg Peter Steinebrunner mengakui pihaknya masih buntu mencari penyerang yang tulen untuk memperkuatkan pasukan tersebut menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Bercakap dalam utusan Malaysia, beliau mahukan satu lagi perlawanan persahabatan berkualiti diadakan dalam masa terdekat untuk menguji beberapa calon pemain import.

Hal ini selepas aksi Kelantan menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin terpaksa ditamatkan lebih awal ekoran hujan lebat.

Situasi itu menyebabkan dia gagal menilai kesemua calon pemain import yang sedang menjalani ujian pemilihan dengan skuad itu.

“Saya perlukan satu lagi perlawananan persahabatan berkualiti untuk menguji semua calon pemain import yang hadir.

“Kita masih mencari seorang penyerang tulen yang mampu menyudahkan gerakan yang dihasilkan sekaligus memastikan Kelantan mencapai kemenangan dalam saingan liga nanti,” katanya.

Antara calon pemain import yang beraksi menentang Terengganu FC II kelmarin FOTO: KAFA

Difahamkan salah seorang pemain yang sedang menjalani sesi pemilihan dengan skuad itu ialah penyerang kebangsaan Afghanistan, Mustafa Zazai.

Zazai mempunyai 20 penampilan dengan skuad kebangsaan Afghanistan dan merekodkan dua jaringan di peringkat antarabangsa. Beliau sebelum ini beraksi dengan kelab liga divisyen 3 Thailand, Phrae United.

Penyerang yang berusia 25 tahun ini juga mempunyai pengalaman beraksi di eropah dengan beberapa kelab Jerman. Beliau juga sebenarnya merupakan produk daripada akademi kelab terkemuka di Jerman, Hamburger SV.

Dalam aksi persahabatan pra musim, TRW berjaya mengikat skuad Liga Super Terengganu FC 1-1 sebelum kalah 4-1 kepada Kedah dalam aksi persahabatan kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN