Yaya Toure Nafi Telah Bersara, Sejam Selepas Meraikan Kejayaan Man City

Bekas pemain tengah Manchester City dan Barcelona, Yaya Toure tampil untuk menafikan bahawa beliau telah memilih untu bersara daripada beraksi sebagai pemain bola sepak profesional.

Sebaliknya Toure berkata beliau kini masih bersedia untuk menyertai mana-mana pasukan, dan masih mampu menyumbang untuk beberapa musim lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu sudah tidak beraksi secara kompetitif sejak kontrak beliau bersama Olympiakos ditamatkan secara persetujuan bersama pada Disember 2018.

Pada Jumaat lalu, ejen kepada Toure, Dimitri Seluk keluar dengan satu kenyataan yang berkata, pemain itu ‘telah memilih untuk bersara sebagai sang juara’.

“Terdapat banyak kekeliruan mengenai masa depan saya baru-baru ini,” ujar Toure melalui akaun Twitter peribadi beliau.

“Saya mahu menjelaskan kepada semua di sini, bahawa saya sayangkan bola sepak dan bersedia untuk kembali beraksi untuk tempoh beberapa tahun lagi.”

Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika sebanyak empat kali itu menjuarai UEFA Champions League bersama Barcelona pada 2009 sebelum menyertai Manchester City selama lapan musim.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 23: Carlos Tevez of Manchester City waves to the crowd as he holds the FA Cup with team-mate Yaya Toure during the Manchester City FA Cup Winners Parade at Manchester Town Hall on May 23, 2011 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Chris Brunskill/Getty Images)

Bersama skuad The Citizen, Toure tampil di dalam 316 perlawanan, dan menjaringkan 79 gol – termasuk gol kemenangan di perlawanan akhir Piala FA pada 2011.

Bekas pemain antarabangsa Ivory Coast itu kemudiannya berhijrah ke Geeek selepas menamatkan karier di City dengan tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan dua Piala Liga.

“Benar, saya kini sedang mempersiapkan diri untuk mendaparkan lesen kejurulatihan. Tetapi untuk menjadi jurulatih sepenuh masa, ia bukan perkara yang berada di dalam perancangan buat masa sekarang,” ujar Toure melalui akaun Twitter beliau lagi.

“Saya kini bersedia dan fokus untuk cabaran baharu di dalam karier bola sepak.

“Dan jangan risau. Apabila tiba masanya, saya akan mengumumkan persaraan saya secara rasmi sendiri.”

Kenyataan terbaru dari Toure ini dilakukan kira-kira sejam selepas meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris Manchester City, bersama rakan-rakan sepasukan beliau di Etihad.

Beliau tampil di Etihad sebagai salah seorang penganalisis bagi pihak Sky Sport, khusus untuk perlawanan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah memperolehi inspirasi dari kejayaan Manchester City, atau terdapatnya kesilapan komunikas bersama ejen beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN