Ejen kepada Yaya Toure memuat naik satu kenyataan melalui Twitter dengan menyatakan pemain antarabangsa Ivory Coast itu sudah lulus pemeriksaan perubatan di London.
Kontrak Toure sebelum ini di Etihad tamat pada musim panas lalu, selepas lapan musim bersama Manchester City memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh itu.
Bekas pemain Barcelona itu juga belum mengumumkan destinasi seterusnya, tetapi kenyataan oleh ejen beliau tersebut bermakna ia semakin hampir untuk Toure menyertai sebuah kelab Inggeris.
??? Toure @YayaToure has passed a medical in London. Yaya is close to signing a new contract.
— Dimitry Seluk (@dmitriseluk) August 28, 2018
Melalui twitter peribadinya, Dimitry Seluk menulis: “Yaya Toure telah lulus pemeriksaaan perubatan di London. Yaya semakin hampir untuk menandatangani kontrak baharu.
Muat naik seterusnya, Seluk mengesahkan dua kelab tersebut bukan Crystal Palace atau pun West Ham.
Pengurus West Ham, Manuel Pellegrini sebelum ini telah menolak kemungkinan untuk membawa Yaya Toure yang merupakan ejen bebas ke kelab tersebut setelah pernah membimbing pemain yang sama di Manchester City.
It’s not West Ham, 100%.
Yaya is a champion. The last place is not for him ? https://t.co/eDGeI0EvFf— Dimitry Seluk (@dmitriseluk) August 28, 2018
Pada Mei lalu ejen kepada Toure pernah memberitahu kepad Sky Sports bahawa kliennya itu yakin akan terus kekal di Liga Perdana Inggeris.
Toure dikatakan sanggup untuk membayar separuh dari bayaran kembali ke kelab, jika kelab barunya itu tidak berpuas hati dengan prestasinya.
“Yaya berada dalam keadaan cergas, dan mahu membuktikan dirinya masih seorang pemain tengah terbaik di EPL,” ujar Seluk.
Walaupun jendela pembelian sudah ditutup, kelab Inggeris masih boleh membawa masuk pemain bebas secara percuma sehingga 31 Ogos yang merupakan tarikh tutup rasmi jendela perpindahan di eropah.
Kelab manakah yang akan disertai oleh Yaya Toure?