Yang Bulat Tak Datang Bergolek, JDT Sedia Lepaskan Safawi Ke Kelab Portugal

Safawi Rasid Portugal JDT

Arena bola sepak negara sekali lagi menerima perkhabaran gembira apabila kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan, Safawi Rasid telah menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense SC.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh pengarah sukan JDR, Martin Prest dalam pengumuman rasmi terbaru pasukan tersebut di akaun media sosial mereka.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal,” ujar Prest dalam kenyataan tersebut.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.”

Perkembangan tersebut membuktikan pemain-pemain muda negara kini sudah mula menjadi perhatian kelab-kelab Eropah selepas mempamerkan aksi konsisten bersama kelab dan skuad kebangsaan.

Baru-baru ini, penyerang muda negara, Luqman Hakim telah pun diterbangkan ke Eropah untuk menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun bersama kelab tersebut.

Nama Safawi Rasid semakin melonjak apabila beliau beraksi cemerlang bersama JDT dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun lepas di mana beliau telah menjaringkan gol menarik ketika menentang Shandong Luneng.

Oleh itu jelas bahawa tawaran yang diterima oleh Safawi itu adalah hasil usaha kerasnya selama ini untuk menjadi pemain terbaik dan dibantu oleh pasukan yang dapat menyediakan fasiliti terbaik sehingga beliau berjaya capai ke tahap ini.

Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN