Yakult Malaysia Menjadi Minuman Probiotik Rasmi FAM Dengan Tajaan Berganda

Pada petang 30 Jun 2018, bertempat di My Town Mall Cheras, satu majlis pengumuman rasmi kerjasama di antara Yakult dan FAM. Kerjasama ini akan menyaksikan Yakult menjadi rakan rasmi FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Majlis itu turut dihadiri oleh CEO Liga Bola Sepak Malaysia, Kevin Ramalingam dan juga Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada serta Datuk Ong Kim Swee.

Dalam majlis yang sama, Yakult menganugerahkan pasukan B-23 Malaysia sebagai Ikon Sukan Yakult 2018 selepas kejayaan skuad Harimau Muda beraksi sehingga ke suku akhir Piala AFC B-23 dan juga memenangi pingat perak Sukan Sea.

Hiroshi Hamada turut mengumumkan yang Yakult akan meneruskan sumbangan 1 sen untuk setiap pembelian Yakult kepada bola sepak Malaysia. Ianya sudah mereka lakukan pada 2010.

Dengan sumbangan 1 sen setiap pembelian ini, Hamada menyatakan ia akan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM3.9 juta sepanjan perjanjian semasa.

Setiap pasukan bola sepak termasuk skuad futsal akan menerima dana RM200,000.00 setiap pasukan menerusi produk Yakult Ace dan Yakult Ace Light.

Hamada ada perasaan yang sangat sentimental dengan Malaysia. Beliau berkata:

“Kenapa Yakult mahu menaja bola sepak Malaysia? Ini kerana Jepun pernah terhutang budi dengan Malaysia. FA Jepun ditubuhkan pada 1993 dan kami telah belajar daripada FAM cara menguruskan bola sepak.”

“Di Jepun, kami selalu bercerita tentang kehebatan pasukan Malaysia pada era 70-an dan 80-an.”

“Hari ini pasukan Jepun berada di peringkat 16 pasukan akhir Piala Dunia 2018.  Dan kami tak akan lupa jasa Malaysia.”

Hamada juga menyatakan yang kontrak tajaan Yakult kali ini sehingga 2020.

“Pada tahun 2020 juga merupakan Sukan Olimpik Tokyo. Kami di Jepun berharap Malaysia akan beraksi dalam acara bola sepak ketika itu dan sangat mengalu-alukan anda.”

Hiroshi Hamada yakin Yakult adalah rakan terbaik FAM dan bola sepak Malaysia kerana ianya adalah produk kesihatan yang dipercayai.

“Misi kami adalah untuk membawa kesihatan dan kegembiraan kepada semua orang termasuk sukan. Anda mungkin tidak terfikir untuk mengaitkan Yakult dengan sukan.”

Yakult dalam kenyataan media mereka juga menyatakan, Yakult dapat meningkatkan imuniti atlet selepas bersukan. Ini kerana selepas bersukan atlet akan terdedah kepada selsema dan mudah terkena jangkitan kuman. Yakult akan membantu mengurangkan risiko tersebut. Hamada menambah:

“Di EPL, pemain-pemain pasukan seperti Manchester United, Manchester City dan Tottenham Hotspur akan meminum Yakult selepas perlawanan. Hasil kajian termasuk oleh Dr. Michael Gleesen (University Laughborough) di UK, mendapati Yakult sangat baik untuk atlet. Ia dapat menaikkan fungsi usus.”

Dalam majlis yang sama, Yakult turut menerbitkan video komersial khas berdurasi 30 saat dibarisi beberapa bintang Harimau Malaya dan Harimau Muda.

Yakult juga akan menjadi rakan rasmi yang menaja Piala Malaysia 2018. Yakult sudah merancang banyak aktiviti sepanjang Piala Malaysia 2018 ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN