Mbappe Hantar ‘Kambing’ Pulang Naik Pesawat

Pada usia 19 tahun, Kylian Mbappe menjadi dalang kepada kepada kehancuran Argentina. Beliau memenangi 1 penalti dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.

Beliau telah membuatkan Lionel Messi yang digelar G.O.A.T balik awal bersama skuad Argentina. Messi tetap melakukan 2 assist dalam perlawanan ini.

Laporan

Argentina terus dihantui kesilapan defensif, kali ini Marcos Rojo menjatuhkan Mbappe di dalam kotak penalti selepas pemain itu berlari laju dan sangat kuat secara fizikal.

Griezmann menyempurnakan penalti dengan tenang.Perancis mendahului 1-0 pada minit ke-13. Beliau turut melakukan sepakan percuma yang terkena palang gol pada babak awal perlawanan.

Pada minit ke-18, Argentina sekali lagi melakukan kesilapan defensif namun mujurlah Tagliafico tidak melakukan kekasaran itu di dalam kotak penalti. Beliau juga agak bernasib baik tak dilayangkan kad merah.

Pogba mengambil sepakan itu dan dirembat liar. Argentina akhirnya membalas gol Griezmann dengan gol cantik Angel Di Maria. Usaha yang kemas dari luar kotak penalti.

Pada separuh masa kedua, Mercado meletakkan Argentina di hadapan hasil rembatan Messi yang dibiaskan beliau sedikit menewaskan Lloris.

Griezmann gagal meletakkan Perancis di hadapan selepas usaha beliau melepasi penjaga gol pada minit ke-55 tiada penyudah berkesan.

Seminit selepas itu Pavard menyamakan kedudukan hasil daripada sepakan ‘slice’ yang cantik. Kredit kepada Matuidi yang melakukan killer pass kepada Hernandez yang mencipta gol kepada Pavard.

Perancis di hadapan sekali lagi menerusi Mbappe. Beliau merampas bola dalam keadaan ruang sempit walaupun ramai pertahanan Argentina. Rembatan beliau gagal dihentikan oleh Armani.

Mbappe kemudian meletakkan Argentina 2 gol di hadapan pada minit ke-68 selepas menerima hantaran Giroud dalam keadaan 2 vs 2. Argentina dalam keadaan tertekan pada fasa ini.

Giroud menerima hantaran cantik Pogba namun percubaan beliau menghampakan.

Messi melepasi pertahanan dalam keadaan 1 lawan 1 pada minit ke-85 namun percubaan kaki kanan beliau lemah.

Pada masa kecederaan, Aguero menanduk masuk hantaran Messi. Pertahanan Perancis agak terleka dan seperti sudah menunggu wisel penamat.

Argentina gagal menyempurnakan serangan terakhir mereka. Perancis berjaya memastikan kemenangan milik mereka 4-3 dan mara ke suku akhir. Argentina menangisi kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN